Sila Klik

Rabu, 26 Februari 2014

Urusan Pengeluaran KWSP Dah selesai

Alhamdulillah hari ini selesai proses pengeluaran KWSP untuk pembelian rumah...urusan di KWSP amat mudah. Bagi pembelian rumah dua nama seperti aku hanya perlukan :

1) Sale and Purchase Agreement.
2) Sijil Nikah
3) Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan

dan yang lain-lain tu mestilah borang pengeluaran KWSP kan....aku berurusan di Cawangan KWSP Jalan Raja Chulan..perkhidmatan memang mesra pelanggan...dan terima kasih pada akak yang bertugas di kaunter 1....memang peramah..selalu tersenyum dan juga pandai melawak...dan yang paling penting insyallah dalam masa 10 hari lagi duit masuk kalau tiada masalah...bolehlah nak bayar lawyer lepas ni...


Selasa, 18 Februari 2014

Bila Kerja Dah Membosankan

Hmmm memang sangat bosan sekarang ni dekat office....sejak member satu department dah berhenti merangkap local staff merangkap manusia yang tahu cakap bahasa melayu, aku dah jadi bosan pergi keje....bila la semua ni akan berakhir...sekeliling semua cakap bahasa asing...terlalu asing sampai nak teka apa dieorang cakap pun xboleh...kadang terasa di pulaukan pun ada...mungkin itu semua perasaan aku je...nak buat macam mana kan...da nama pun makan gaji....ikot sahajalah....

Tapi bila habis je waktu kerja tak sabar nak balik rumah jumpa Hadif dan Haziq..memang seronok ada anak-anak ni...dan tidak lupa juga isteri....hahahaha...memang wife asyik jealous je pun aku menghabiskan masa selalu dengan anak-anak....ala jealous2 manja je pun... 

Ha da pukul 5 petang..kaki dah berenjut2 nak balik....nak masak ape ye malam ni.....nyum2....rumahku syurgaku...

Isnin, 17 Februari 2014

Pinjaman Dah Lulus...Terima Kasih Bahagian Pinjaman Perumahan & Kerajaan

Alhamdulilllah pinjaman perumahan telah diluluskan pada hari ini....nampaknya semakin menjadi kenyataan nak duduk rumah sendiri....nasib wifey kerja kerajaan, membuat pinjaman kerajaan memang mudah dan cepat...patutlah aku banyak baca blog ramai yang cakap pinjaman perumahan kerajaan adalah pinjaman rumah yang paling baik didunia...selain dari mudah untuk kakitangan kerajaan membuat permohonan...faedah yang dikenakan juga amat rendah.....Alhamdulillah...sekarang berkira-kira macam mana nanti kalau da start potong gaji....kena cari kerja tambahan la macam ni nak menampung keperluan harian...harap rezeki bertambah insyallah....


Khamis, 13 Februari 2014

Haziq Kena Lelah....

Semalam pukul 3.30 pagi aku dengan wife and hadif tepaksa berangkut ke Hospital Putrajaya sebab Haziq kena lelah...mulanya memang macam da nampak sikit-sikit si Haziq nak kena lelah masa ambil dari Taska...Bernafas nampak sedikit ketat...wife pon dah bagi ubat lelah tu apatah nama dia bentolin kot...masa nak masuk tidur nampak dah kena last-last pukul 3 pagi terpaksa pergi hospital dah ubat pun tak jalan terpaksa lah juga....
Sampai hospital turunkan wife dekat pintu kecemasan tu terus je Haziq di saring jam-jam tu juga..lepas tu terus je masuk bahagian separa kritikal....menurut wife orang yang in-charge dekat bahagian saringan tu lelah Haziq memang da tahap teruk dah..masa aku dukung Haziq dekat rumah tu memang dah rase dada Haziq sampai berlekuk la nak tarik nafas tu....

Alhamdulillah doktor kata Haziq boleh balik tak perlu duduk wad sebab Haziq galak sangat main lepas kena nebulizer.....aktif pula Haziq pagi-pagi buta ni....doktor cuma cakap makan ubat je dan tak perlu datang hospital melainkan kalau Haziq kena lagi sekali....untuk pertama kalinya Haziq kena makan antibiotik...kesian adik kecil-kecil lagi dah kena makan ubat tu...

Layanan Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya memang aku rasa terbaik...perkhidmatan cepat dan staff memang memberikan layanan yang cukup memuaskan....cuma masa aku sampai tu kalut la kan nak ikut wife masuk bahagian separa kritikal tu tapi tak dapat masuk, wife je dgn Haziq bole masuk....rasa nak marah juga bila difikirkan kalau ada 100 pesakit, semua waris nak masuk sesak la kan bahagian separa kritikal tu....takpelah tunggu je la sambil dukung si Abang....

Dan yang paling penting tak payah bayar apa-apa pun....last time abang lelah aku pergi KPMC Puchong Specialist Center amek kau RM 80.00 kena.....pergi kerajaan kan jimat...perkhidmatan pun memuaskan...

Harap Haziq cepat sembuh.....Bila tengok anak sakit ni, kita sebagai ibu dan bapa pun jadi tak senang duduk....macam mana lah masa dlu masa kita masih kecilkan...zaman dulu lagi susah...teringat pula dekat mak dan ayah di kampung....


Selasa, 11 Februari 2014

Selamat Hari Lahir Sayang Yang ke-29

Semalam tanggal 10 haribulan Februari adalah hari lahir yang ke-29 buat isteriku yang tersayang. Kami buat sambutan di rumah sahaja dihadiri oleh aku dan hadif dan haziq hahahahaha....buat sambutan anak beranak je. Memandangkan sekarang ni kena berjimat cermat sebab anak pun dah bertambah, barang-barang pun da mahal, dan yang paling penting nanti nak masuk rumah baru...insyallah....kenalah budget sedikit.

Pagi tu aku pi beli ketam sebesar kereta kancil dan sotong sebesar biawak komodo...hauhuahauhauhaua...takde la mcacam tu kan, mana nak cari...beli biasa-biasa saje....kami plan nak masak ketam masak lemak, sotong goreng tepung dan juga kailan ikan masin...nyum2...mulanya aku ingat nak masak  ye la kan dah nama pun hari jadi isteri..tapi last sekali isteri yang masak....isteri mithali...alhamdulillah..aku macam biase jadi playground si Abang...

Malam pula kami pergi secret recipe beli kek hari lahir dan yang penting beli separuh je....sape nak makan sampai seketul kek tu..half je sudah...jimat..hahahaha....cheapo betulkan papa ni....

*ibu, Hadif & Haziq>>Hadif tak sabar sangat nak kuih (kek)...

* I love you forever sayang...Happy Birthday...

Hm walaupun ibu nih dah 29 tahun nampak macam umur 25 je...kesian ibu, Hadif & Haziq ada suami dan papa macam SHREKK...hahahaha..papa yang belum masuk 29 tahun dah macam umur 35 tahun dah....hahahaha

Buat isteriku yang tersayang, abang doakan semoga ayang diberikan rezeki yang melimpah-ruah, diberikan kesihatan yang baik, kehidupan yang sempurna dan sama-sama kita mengharungi hari-hari mendatang dengan penuh kasih sayang...i love u so much and happy birthday to you dear....

Khamis, 6 Februari 2014

Haziq Kena Ambil Darah

Haziq macam takde mood je kebelakangan ni...masa aku ambil dari taska pon termenung je sampaikan cikgu di taska pon bagitau Haziq banyak termenung. Cerianya pon tak macam dulu, makan pon makin kurang, minum susu pon sama. Kalau dah lapar sangat baru la nak menyusu.

Takut juga kena denggi, rumah aku memang banyak nyamuk. hari-hari kena spray sebelum tidur. Banyak sangat construction site dekat Bandar Saujana Putra ni. Last week balik sepang pun dia dah start dedar badan.

Pagi tadi wife hantar pergi pemeriksaan rutin di KK Jenjarom. Alhamdulillah lepas periksa darah takde denggi....tapi masih tertanya-tanya juga kenapalah dedar badan tu dah berlanjutan lama sangat...Doc cakap cuma jangkitan viral biasa. Hope Haziq cepat sembuh....Kesian anak papa kena ambil darah....


Dijauhkanlah segala penyakit berbahaya pada anak-anak papa...semoga semua sihat hendaknya dan menjadi anak yang soleh...Amin.