Sila Klik

Selasa, 25 Mac 2014

MH370 Yang Meruntum Jiwa

Hari ini aku merasakan sangat sedih.....MH370 di sahkan berakhir di lautan Hindi selatan....Perdana Menteri Malaysia telah mengesahkan secara rasmi penerbangan MH370 berakhir di lautan hindi selatan.

https://www.youtube.com/watch?v=xV8GHXbKJAU

Kehilangan ini dirasai seluruh Malaysia, radio awam. pengangkutan awam semuanya membuat bacaan al-fatihah untuk disedekahkan kepada semua penumpang MH370 yang beragama islam.

Dengan ini, saya secara peribadi ingin mengucapkan salam takziah kepada semua keluarga penumpang MH370. Semoga Allah menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-FATIHAH.....

Rabu, 19 Mac 2014

Arjuna Beta

Assalamualaikum anak-anak papa,

Hari ini papa di pejabat sambil buat kerja papa ada terdengar satu lagu yang papa rasakan sesuai di jadikan nasihat untuk anak-anak papa...

Verse 1

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

verse 2

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

chorus

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/05/lirik-lagu-arjuna-beta-fynn-jamal.html#ixzz2wOKij77Z


Bila papa amati lirik lagu ini satu per satu papa tersedar betapa kamu cepat sangat membesar rasa tak puas lagi peluk hadif masa baby.... haziq pula sekarang dah pandai memanjat papa...nanti kamu dah besar jangan malu peluk papa ye....papa kalau boleh nak peluk anak-anak papa sampai bila-bila...papa sayang kamu semua....

Jumaat, 14 Mac 2014

Apa Yang Kau Mahu

Kadang-kadang kita melihat sesuatu itu sangat besar,
Sangat besar sehingga tidak tertanggung,
Padahal sebenarnya mudah, mudah sebenarnya,
Kita terlalu memandang pandangan sekeliling yang berat nafsunya,
Terlalu memikirkan fikiran mereka.

Apa yang kita perlukan sebenarnya?
Apa tujuan kita di alam ini? Apa perlu perkara lain?
Menggasak diri  sendiri seolah-olah hidup selamanya,
Melihat apa yang di genggam sebagai kekuasaan,
Sehingga terlupa akan tujuan sebenar, terlupa dunia kekal yang janjikan Nya.

Yang perlu hanyalah sujud, ya itulah dia, sujud,

Hatimu akan berpaling, hatimu akan redup,
Berpaling dari sesuatu yang di fikir sangat besar,
Pandanganmu mulai perlahan melihat tergesaan manusia,
Senyumanmu akan mula terkumtum indah.

Ya inilah dia, sujud, dan terus sujud.......


Rabu, 12 Mac 2014

MH 307 Kembalilah..

Buat keluarga-keluarga yang kehilangan ahli keluarga mereka di dalam pesawat MH 307.... bersabarlah dan berdoalah kepada Allah S.W.T supaya mereka selamat walau di mana mereka berada.....Semoga Allah memperkenankan doa-doa anda dan seluruh rakyat Malaysia....Jangan pernah kamu berputus asa dengan Allah kerana Allah tidak pernah berputus asa dengan hamba-hambanya....

Harapan saya semoga anda semua pulang dengan selamat....Aminn...

Jumaat, 7 Mac 2014

Hob dan Hood untuk Kitchen Cabinet

Pada minggu lepas, aku dan isteri pergi ke Milanohaus di puchong untuk membeli Hob dan Hood. Sebenarnya tiada niat pon nak beli sekarang hob dan hood ni....Nak jadikan cerita aku beli surat khabar Metro pada sabtu 1 Mac haritu nampak la iklan pasal jualan penghabisan stok ke gudang ke aku tak berapa ingat...tapi biasalah kadang-kadang iklan ni memang akan mengaburi mata pembeli dengan bermacam helahkan...
Milanohaus Puchong
So aku pon ajaklah wife pergi tengok kot-kot ada yang murah..setelah diamati harga satu-satu pakej yang di berikan...ye  harga ye bukan kualiti..hahahahha...aku kan cheapo...akhirnya wife pon setuju aku beli jenama elba sahaja...wife pon berkenan aku pon berkenan ok lah...

Hm ingtkan nak tnggu Homedec baru beli tapi aku tanya saleperson tu biasa dieorang jual masa Homedec lagi murah ke mahal, dieorang cakap harga Homedec mahal sikit dari sekarang sebab nak sewa tapak pon da mahal...kalau dia kelentong aku...terkelentong la aku...hahahaha...tapi bagi aku harga yang ditawarkan amatlah berbaloi...kalau korang aku tak tau la kan...harga yang di tawarkan Hob + Hood jenama Elba RM1199 sahaja..kalau sekali dengan oven 8 function 2 ribu or tak sampai pon 2 ribu ....aku tak berapa ingat.

Mulanya hanya hood yang design nya jenis lurus tu yang tinggal tapi isteri nak sangat lengkung-lengkung ni sebab dah berkenan dekat hati dan  tak nak sama mcm mama..nak tukar angin katanya...padahal time tu dah tiada stok dah sale person tu cakap...tapi perempuan kan benda kalau dah nak tu mesti kena dapat jugak...aku ikutkan je la..dah dapur tu ibarat kawasaki Z800 pada dia (bila aku nak beli Z800 neh...haishhh) hahahaha..aku ikutkan sahaja. 

Ni la yang aku cakap jenis lurus tu..nak terangkan pon tak tau kan..gambar aku rembat dari website elba
Last sekali lepas sale person tu kehulu kehilir cari stok last sekali ade...itu pon lepas aku cakap nak beli on the spot...aku tak tau la die temberang tu last stok ke die pergi rembat kedai sebelah ke ape kan, yang aku tau bende tu ade depan mata ok lah...

Ni dia jenis Hood yang kami beli...jenis yang wife suka..

Untuk penghantaran pula, kena charge RM 100 untuk Bandar Saujana Putra...so aku decide untuk bawak sendiri je...jimat...aku kan cheapo...hahahahaha....dan hasilnya....







Nampakkan ape dah jadi..sebab kotak besau sangat xmuat nak masuk thru pintu so kena bukak kotak masukkan hood tu dalam kereta, kotak lipat-lipat masukkan juga...dah muat hahahaha..sampai rumah kenalah masukkan balik...berat jugak sampai sakit pinggang aku kejap....perghhh...oleh sebab belakang semua dah penuh, wife, abang & adik kenalah duduk depan...si abang pulak nak bawa balik belon yang mana tah dia dapat dekat milanohaus nih..tapi aku dah mintak izin saleperson tu ye...bukan rembat tapi minta tau...hahahaha...

# Tu dia...penuh belon...nak tengok cermin sisi pon kena tolak-tolak belon...anak-anak papa punya penangan..
Sampai je rumah aku sorang-sorang je la punggahkan dah aku bapak...anak-anak kecik lagi mana nak tolong...tolong tanya adelah...papa buat pe tu....lepas 30 saat tanya lagi...papa buat ape tu.....huhuhuhu...jawab je la dengan gigih...Berpeluh jugalah masukkan semula dalam kotak.....excited beli barang rumah kan kami nih..padahal masuk rumah lambat lagi...takpe la beli sikit-sikit nanti tak la rasa terbeban sangat masa nak pindah....yang penting wife seronok je malam tu...


Isnin, 3 Mac 2014

Bertukar Taska

Sampai je office harini baru teringat yang hari ni bermulalah taska Hadif & Haziq bertukar owner..sayang sangat sebab owner lama memangla sangat baik bagi aku..Hadif ceria sahaja ke taska, haziq pula aku tak tau la tapi takdelah menangis atau mengigau kalau tidur tu...bagi aku sebagai ayah memang rasa selesa sangat hantar ke Taska yang lama...kawan-kawan si Hadif pun ramai sampai anak orang pon panggil aku papa...hehehehe....

Tapi bila dah tukar owner ni tak tau lah...call wife pagi td bertanya pasal si abg dan adik, wife cakap dah bawa pergi taska di sekolah wife sebab masa hantar Hadif sampai sahaja Hadif dah menangis...wife cakap Hadif dibiarkan dudk dipenjuru rumah tanpa seorang pon memujuk....hmm kalau cikgu lama dia mesti dah pujuk dah....At last, wife tak tahan tengok si abang tu tiada yang pujuk so dia decide la nak bawa si abang dengan adik sekali pergi Taska sekolah...Harap abang dengan adik ok lah ditempat baru...sedih pula aku anak-anak kena sesuaikan diri dengan suasana baru, kawan baru, cikgu baru....dan sememangnya kita yang sudah dewasa pun tak suka dengan keadaan macam tu kan...satu kebaik
an pula, anak-anak aku dekat dengan wife...ye la satu sekolahkan...kalau ada masa terluang boleh la wife pergi tengok dua-dua tu...