Sila Klik

Isnin, 27 Januari 2014

2014...Please Be Nice To Me...

Hmmm.....hari ini 27 haribulan dah....hampir sebulan juga dari post aku yang terdahulu dan setelah memikirkan semasak-masaknya apa yang perlu aku capai untuk 2014 ni dan mungkin juga sebagai panduan bagi diri aku sendiri supaya tidaklah aku terpesong dari apa yang aku azamkan untuk tercapai.

Aku menetapkan supaya azamku ini tidak terlalu berat dan juga tidak terlalu senang untuk dicapai oleh diriku sendiri. Kalau bagi seseorang mungkin amat mudah, tapi bagi yang empunya badan ni kadang-kadang yang mudah pon kadang menjadi susah..Aku tidak lah beruntung seperti sesetengah individu diluar sana, tapi aku tetap bersyukur dan cuba memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik.

Disini aku zahirkan apa yang telah aku konklusikan untuk di capai bagi tahun 2014. Pada asasnya mudah tetapi jalannya bukan satu, perlu di nilai bukan satu, perlu difikir bukan satu, keringatnya bukan mudah, likunya dijangka penuh. Hanya Allah SWT sahaja yang lebih mengetahui dan semoga Dia mempermudahkan.

Azam 2014.

1) Mencari kerja baru, yang tetap, lebih manfaat, gaji lebih dari sekarang.

2) Membuat simpanan tetap bulanan.

3) Menjadi anak, suami, dan ayah yang lebih baik.

Itu sahaja azamku, nampak mudah dan terkadang klise. Tetapi itu yang aku tetapkan. Bagi perincian setiap azam tersebut biarlah tertanam di otakku ini. Semoga aku dapat mencapaikan apa yang aku azamkan dan semoga penulisanku ini sentiasa mengingatkan. "Manusia sering terlupa".