Sila Klik

Selasa, 8 Julai 2014

Banyak Yang Terlepas

Alhamdulillah hari ni dah masuk 10 hari di dalam bulan Ramadhan, bersyukur juga di kurniakan kesihatan yang baik bagi aku menjalani ibadah puasa dan harapannya sihat la juga dimasa- masa hadapan. Agak lama juga aku tidak menulis di blog ini, iyalah aku pun baru lagi menulis dan bukan la tegar sangat ingin menulis hanya untuk diri sendiri dan anak-anak. Esok dah tua bnayk benda yang kita terlupa, kadang yang masih muda ini pun banyak yang terlupa, nah nukilan sendiri juga menjadi nostalgia kan. Diharapnya begitulah kemudian hari.

Sebenarnya banyak yang terjadi dari bulan April hingga ke Julai. Selama 3 bulan tu aku tak menulis, kemalasan menjadi penyebab utama. Ada pun hari ini tergerak untuk menulis disebabkan kebosanan melampau di tempat kerja...huhuhu

Perkara yang terlepas selama 3 bulan ni memang banyak, nak dicerita satu persatu jadi novel la pulak kan dan sememangnya aku pun tak kuasa nak cerita...hahaha

Peristiwa yang penting terjadi selama 3 bulan ini, Ayah aku masuk hospital lagi, tetapi Alhamdulillah dah keluar. Macam biasa semput menjadi penyebab, semuanya disebabkan penyakit tiga serangkai, darah tinggi, kencing manis, jantung. Bermalam jugalah aku di hospital untuk 2 malam, kesian mak kena jaga ayah, aku rasa ayah kena tahan ward lebih kurang seminggu. Aku nak tunggu tak boleh, kekangan kerja lagipun aku kerja di Kuala Lumpur. Akak -akak yang lain pun sama, jadi mak sahajalah yang temankan ayah. Kesian mak, usia dah melangkau 65 tahun masih gigih lagi. Betul kata orang, seorang Ibu boleh menjaga 10 orang anak, tetapi anak menjaga seorang ibu pun tak mampu..Kalaulah aku mampu berbuat baik, akan aku buat tetapi bekerja ni susah, tak pergi kerja kena buang mana nak cari duit kan? kita ni dah jadi hamba duit pula kan..

Perkara berikutnya, Muhammad Haziq Hammani dah meningkat usianya setahun pada 25 June 2014, Alhamdulillah Haziq sihat, dah pandai bertatih tetapi belum berjalan lagi. Lambat macam abangnya, sekarang kalau duduk rumah memang riuh. Haziq dah pandai main dengan Abang. Sesekali nampak Haziq marah Abang, kelakar pon ada tak padan dengan kecil hahahahaha.....Si Abang selalu mengalah saja, nak di pukul adik takut kena marah, besar dah kedua-dua anak papa.

Perkara lain, temuduga aku di Gas Malaysia Berhad, di panggil menhadiri temuduga jawatan Procurement Executive. Semuanya berjalan lancar, soalan-soalan yang ditanya aku rasa 80-90% aku boleh jawab. Rasa dihati memang InsyAllah boleh dapat. Lebih kurang 2 minggu lepas tu aku terima surat dari Gas Malaysia Berhad. Berbunga-bunga jugalah hati kan, Isteri pun tak sabar nak buka surat. Akhir sekali bila dibuka tertulis tidak berjaya. Termenung juga aku sekejap, dirasakan boleh dapat tapi tidak, takpelah bukan rezeki aku. Aku percaya dengan perancangan Allah SWT. kalau di takdirkan aku begitu, begitulah aku, begini, beginilah aku. Harapannya Allah swt memberi petunjuk.

Hmm the best part dalam 3 bulan ni, rumah kami sekeluarga dah hampir siap. Kali terakhir pergi melawat rumah semua macam dah siap kecuali touch up sikit2 sahaja. Pokok, rumput, tiang elektrik semua dah ada. Dengar cerita bulan 12 dah boleh diduduki...Aku memohon pada Allah agar dipermudahkan rezeki, nak masuk rumah ni bukan sikit nak pakai duit, macam-macam nak kena beli dan membayar hutang rumah adalah satu komitmen yang tinggi dan cukup berani pada aku.. InsyaAllah dengan izinya, harapannya rezeki aku sekeluarga bertambah dan bahagia sekeluarga....Aminnn


Khamis, 10 April 2014

Badan Semakin Tua

Hari ni aku sepanjang hari duk mengesat selsema aku kat office...badan dah mula panas semula. Padahal baru last week aku demam, pakej la dari selsema sampai ke batuk plus kena asthma..Pergi klinik melayang RM 78.

Nowdays aku taktau la kalu mereka yang berpendapatan kecil macam mana nak p klinik swasta kalau setakat jumpa doktor dengan ubat sikit-sikit dah lebih dari RM 50.

Nak harap klinik Satu Malaysia kalau lah dekat dengan rumah. Bagi aku yang duduk di Bandar Saujana Putra memang dekat je Klinik Satu Malaysia tu. Aku dah pergi dah pun masa aku kena asthma, dapat la nebulizer je... Ubat semua tiada ye, alasan Klinik Satu Malaysia ni rawat sakit-sakit biasa je. Asthma di kategorikan rawatan kecemasan..Hadoi la apa punya klinik la..Doktor pon tiada...Aku pon tak tau la siapa yang rawat aku tu...pakai kemeja putih dengan seluar hitam, maybe pembantu perubatan kot.

Apa-apa pun aku berterima kasih juga la pada kerajaan ada disediakan klinik satu Malaysia ni...Mungkin untuk demam atau sakit-sakit lain adalah ubat tu. Dan yang paling penting kalau kerja swasta bayar Seringgit je...Beli air kt pasar malam pon seringgit...begitu murah kan.

Oleh kerana tak dapat ubat ape pon terpaksela juga pergi klinik swasta...ha amek 78 hengget kena...redho aje la....

Berbalik semula kepada penyakit aku ni...risau juga baru semalam aku last makan antibiotik hari ni dah demam semula...apa penyakit aku ni? Sejak aku kerja SLT ni selalu sangat aku demam..

Mungkin sekarang aku naik motor pergi balik kerja..ye lah sekarang ni KL asyik hujan je petang. Dlu sampai hutan terbakar la sana-sini kan keringnya tiada hujan. Hari-hari travel almost 100KM naik motor...Tua dah badan aku ni..tak tahan dah macam dulu2...ni baru 29 tahun esok kalau dah masuk 30-an tak tau lah....


Isnin, 7 April 2014

Doa Bagi Melangsaikan Hutang

Kadang-kadang bila memikirkan hutang ni, nak tarik nafas pon rasa semput.....semakin bertambah usia semakin banyak hutang yang di tanggung walhal gaji masih sama. Kalau tak nak berhutang tak boleh juga...

Sekarang ni berlegar-legar macam mana nak settle semua hutang aku..

1. Personal Loan
2. Hutang Kereta

hutang yang akan datang hutang rumah...lagi banyak kena bayar....bila difikir makin sempit jalan yang ada..makin di congak makin serabut kepala...Nak berniaga entah...boleh ke? nak mula kt mana? skill apa yang aku ada? nak berniaga apa? kawan-kawan pon tak ramai...hmmm...ke alasan je semua ni....tengok dekat FB orang berniaga online jual macam-macam supplement nak kene couching la bagai...macam tak minat....betul ke? aku tak suke pakse-pakse orang beli barang...ada yang jual barang tapi dok cerita faedah joint jual barang boleh pergi melancong, pakai kereta besar bagai....ni kau jual barang ke nak suruh aku jadi member ke downline ape neh? eh tak reti la aku.....

Ke aku yang sceptical sangat...ke aku yang tak betol...eh susahnya...ke aku dah ok dah sekarang ni? semua orang macam aku ke?

hmmm....

Allahuakhbar...


Selasa, 25 Mac 2014

MH370 Yang Meruntum Jiwa

Hari ini aku merasakan sangat sedih.....MH370 di sahkan berakhir di lautan Hindi selatan....Perdana Menteri Malaysia telah mengesahkan secara rasmi penerbangan MH370 berakhir di lautan hindi selatan.

https://www.youtube.com/watch?v=xV8GHXbKJAU

Kehilangan ini dirasai seluruh Malaysia, radio awam. pengangkutan awam semuanya membuat bacaan al-fatihah untuk disedekahkan kepada semua penumpang MH370 yang beragama islam.

Dengan ini, saya secara peribadi ingin mengucapkan salam takziah kepada semua keluarga penumpang MH370. Semoga Allah menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-FATIHAH.....

Rabu, 19 Mac 2014

Arjuna Beta

Assalamualaikum anak-anak papa,

Hari ini papa di pejabat sambil buat kerja papa ada terdengar satu lagu yang papa rasakan sesuai di jadikan nasihat untuk anak-anak papa...

Verse 1

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

verse 2

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

chorus

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/05/lirik-lagu-arjuna-beta-fynn-jamal.html#ixzz2wOKij77Z


Bila papa amati lirik lagu ini satu per satu papa tersedar betapa kamu cepat sangat membesar rasa tak puas lagi peluk hadif masa baby.... haziq pula sekarang dah pandai memanjat papa...nanti kamu dah besar jangan malu peluk papa ye....papa kalau boleh nak peluk anak-anak papa sampai bila-bila...papa sayang kamu semua....

Jumaat, 14 Mac 2014

Apa Yang Kau Mahu

Kadang-kadang kita melihat sesuatu itu sangat besar,
Sangat besar sehingga tidak tertanggung,
Padahal sebenarnya mudah, mudah sebenarnya,
Kita terlalu memandang pandangan sekeliling yang berat nafsunya,
Terlalu memikirkan fikiran mereka.

Apa yang kita perlukan sebenarnya?
Apa tujuan kita di alam ini? Apa perlu perkara lain?
Menggasak diri  sendiri seolah-olah hidup selamanya,
Melihat apa yang di genggam sebagai kekuasaan,
Sehingga terlupa akan tujuan sebenar, terlupa dunia kekal yang janjikan Nya.

Yang perlu hanyalah sujud, ya itulah dia, sujud,

Hatimu akan berpaling, hatimu akan redup,
Berpaling dari sesuatu yang di fikir sangat besar,
Pandanganmu mulai perlahan melihat tergesaan manusia,
Senyumanmu akan mula terkumtum indah.

Ya inilah dia, sujud, dan terus sujud.......


Rabu, 12 Mac 2014

MH 307 Kembalilah..

Buat keluarga-keluarga yang kehilangan ahli keluarga mereka di dalam pesawat MH 307.... bersabarlah dan berdoalah kepada Allah S.W.T supaya mereka selamat walau di mana mereka berada.....Semoga Allah memperkenankan doa-doa anda dan seluruh rakyat Malaysia....Jangan pernah kamu berputus asa dengan Allah kerana Allah tidak pernah berputus asa dengan hamba-hambanya....

Harapan saya semoga anda semua pulang dengan selamat....Aminn...