Sila Klik

Isnin, 30 Disember 2013

SELAMAT DATANG 2014

Dalam sekelip mata sahaja tahun 2013 akan berakhir dan akan bermulalah tahun 2014 yang akan aku jangkakan lebih mencabar dari tahun 2013 yang aku lalui. Inilah yang aku dapat rasakan, dan ini bukanlah satu penyataan yang umum seperti orang-orang diluar sana yang mengatakan kos hidup akan meningkat dan sebagainya tetapi penyataan individu atau penyataan aku sendiri berdasarkan apa yang aku lalui bagi 2013 dari segi ekonomi peribadi dan hal-hal yang berkaitan dengan kelangsungan hidupku. Dan keadaan ekonomi secara umum semestinya akan memberikan impak yang lebih kuat lagi.

Sejujurnya apa yang aku kecapi bagi tahun 2013 tidaklah menepati apa yang aku inginkan. Tetapi tidaklah pula aku meletakkan tanda aras bagi 2013 semasa akhir 2012. Aku hanyakan mahukan kehidupan yang stabil dan tenang...

Walaupun secara amnya, tahun 2013 adalah lebih baik dari apa yang aku lalui pada 2012 tetapi secara hakikatnya aku masih lagi di belenggu dengan masalah kewangan. Bukanlah masalah kewangan sampai bergolok bergadai tetapi lebih kepada mengurus dan mentadbir kewangan sehingga ke saat hujung tahun 2013 pon aku tak dapat menyimpan apatah lagi melabur..

Tetapi tidak apalah, benda yang lepas di jadikan pengajaran, tahun 2013 juga banyak benda aku yang ditempuhi dan semestinya memberikan pengalaman hidup....


  1. Pindah rumah sewa baru di Bandar Saujana Putra>>> Jumpa jiran baru & rumah ada tanah & kena tipu dengan driver lori
  2. Bekerja di syarikat baru>>>kononnya International dah masuk semuanya orang Iran & kena tipu bagi kontrak setahun lepastu katanya terus serap...tapi sampai la neh kontrak je...
  3. Masalah kereta wira>> dengan Bank
  4. 1st time buat makan-makan panggil semua ahli keluarga datang termasuk ayah yang sakit pon datang>>>love my family & mee bandung ibu memang meletop...sedap sangat
  5. Kenal Muhammad Aizam & Faizal >>> kawan gaji 15K pon tak berlagak still lepak dengan aku...
  6. First time bawa motor pergi balik kerja>> pergi balik lebih kurang 80KM & jimat tol bagai...
  7. First time pergi tengok bunga api di putrajaya . :)
  8. Langgar kereta orang dekat MEX highway>>>>sakit pinggang terasa sampai sekarang
  9. Minyak motor habis tengah-tengah highway>>nasib ada brother motor kerja putrajaya tolong tolak sampai petrol station. TQ bro.
  10. Hadif dah pandai cakap pada papa masa pergi kerja..." Papa p keje ye....angan nangis tauuuu"' aku pula dikatanya jangan nangis patut abang tu yang jangan nangis>>> sangat comel rasa xnak p keje je time tu.
  11. Isteri memulakan kerja di sekolah yang baru>>>>lain padang lain belalang...
  12. Dan yang paling best, lahirnya permata hati papa yang kedua Muhammad Haziq Hammani pada 25/06/2013.>>>sekarang dah pandai meniarap....
  13. Beli rumah>> belum sah lagi jadi pemilik sebab baru sign S&P je..S&P dah siap stamping pon belum dapat dan loan pon belum buat. Insyallah kalau tiada halangan tahun depan tercapailah nak duduk rumah sendiri.
Hm itu saja la yang terlintas dalam kepala aku sekarang ni, iyerla kan lelaki kan kurang sikit mengingat lain la perempuan....hahahahaha... Dan bagi tahun 2014 aku belum fikir lagi apa yang akan aku letakkan sebagai penanda aras..Sebenarnya ini kali pertama aku meletakkan penanda aras untuk diri sendiri ataupon mungkin bukan penanda aras....lebih kepada apa yang aku hajati aku nak buat....kena fikirkan betul-betul....

Khamis, 26 Disember 2013

Usia Haziq Dah 6 Bulan

Alhamdulillah.......anak papa kedua Muhammad Haziq Hammani dah berusia 6 bulan dan sihat...dah pandai merangkak dan kedepan sikit-sikit....tak boleh berpisah dengan ibu...tidur nak ibu...tengok tv pon nak ibu....hai la anak papa nih...abang pon asyik buli ibu dengan papa je....penat memang penat tetapi bahagia.......Alhamdulillah.....syukur kepadamu ya Allah kerana mengurniakan anak-anak dan isteri yang menyejukkan hati dan mata........


Papa love u both Muhammad Hadif & Muhammad Haziq...Semoga Allah memberikan papa kekuatan & rezeki untuk kita sekeluarga....Aminnnnn...


Rabu, 18 Disember 2013

BR1M 3.0


Hmmm kisah pasal BR1M ni aku terkenang masa ambil BR1M yang pertama dulu tahun berapa aku tak berapa ingat dah. BR1M yang aku pergi ambil tu untuk ayah sebenarnya. Memandangkan ayah aku ni nak sangat ambil BR1M tu terpaksalah gagahkan juga ambil. Padahal bagi aku ayah tak perlu pon ambil sebab anak-anak dah bagi duit bulan-bulan (memang kadang-kadang ada miss juga).....Dah nama pun pesara tentera kan kalau bab-bab kerajaan tu memang patriotik sahaja ayahku ni...(BR1M dan Patriotik?... tak faham takpe)

Soal bab-bab borang dan dokumen bagai memang uder aku dah settlekan dan aku ingtkan boleh la masuk account je teruskan bantuan tu...Tapi jawapan nya TIDAKKKK!!!!! tu yang terpaksa aku ambilkan sebab ayahku ni ada masalah lutut boleh kira paralysed dari pinggang bawah.
So aku ambil la cuti, yer la kalu nak ambil Boucher tu kena ambil hari bekerjalah dekat Kompleks ADUN tu tak kan nak pergi hari minggu kan...memang bo layan je kalau kau pergi hari minggu. Dah sampai Kompleks Adun tu dengan yakin aku cakap nak ambil BR1M untuk ayah aku dah siap bg IC ayah lepas check memang ada nama ayahku....TAPI yang tak boleh blah aku tak boleh ambil boucher tu, kena penerima yang ambil sendiri...aku dah bagi alasan aku ni anak penerima dan ayahku seorang OKU dan tak boleh jalan..Manusia yang tak berapa pandai tu cakap ini prosedur....BODOH!!! (Geram sangat walaupun benda nih dah lepas).

Nak tak nak terpaksa la aku bawak ayah aku angkat masuk kereta dan bawak pergi kompleks ADUN tu..sampai kat Kompleks ADUN tu nasib la pegawai dia pergi ke kereta aku bawak boucher tu jumpa ayah...Aku kalau ikot kan hati nak je pakai duit aku bagi RM 300 (Tak ingat amaun sebenar) tu kat ayah... Dah cakap dah pun sebenarnya...ayah tetap nak pergi ambil boucher BR1M tu...yer la orang tua kena la juga ikot kan juga nanti kecik hati dan yang paling takut jadi anak derhaka pulak......
Itu baru ambil boucher belum cashkan dekat Maybank....cerita yang sama berulang. Hanya penerima boleh cashkan boucher bangang abadi tu dekat bank..dan sekali lagi aku kena angkat ayah masuk kereta, parking tepi Maybank dan pegawai bank keluar jumpa ayahku untuk cashkan boucher bangang tu.....
Aku tak tau sebab apa kerajaan ni buat prosedur bangang macam tu...bank in dalam account terus kan senang....ini nak kena pergi kompleks ADUN la , ambil boucher bagai la...ini menyusahkan rakyat....dan aku yang buta politik ni pon boleh hidu yang pemberian BR1M ni adalah mainan politik sebenarnya untuk meraih undi sebab tu kena pergi Komples ADUN la bagai...kalau ambil cepat siap salam ADUN lagi...masa tu la punya cerita kan.

Harapannya BR1M 3.0 ni banyaklah improvement dalam penyampaian telah di buat....
Buat yang berkelayakan menerima BR1M tu dah boleh apply online bermula 23 Disember 2013 di www.br1m3.com dan berikut adalah kelayakan penerima BR1M

Syarat BR1M 3
Households(RM650)
1. Household that has income below RM3,000
2. Malaysian Citizen

Households(RM450)
1. Household that has income between RM3,000 to RM4,000
2. Malaysian Citizen
* Additional RM50 Group Takaful Rakyat 1 Malaysia Contribution (i-BR1M)

Individuals(RM300)
1. Total gross monthly income of RM2,000 and below
2. Malaysian Citizen
3. Aged 21 and above (born 1993 or earlier)
4. Does not include students who are receiving the 1Malaysia Book Voucher (BB1M)



Selasa, 10 Disember 2013

Pemikiran Seorang Marhaen~~~Persidangan UMNO

Hm kalau nak bercerita pasal politik, sememangnya satu isu yang amat sensitif di kalangan orang-orang di Malaysia ni..Aku pun kalau boleh mengelak bercakap pasal politik dengan kawan-kawan sendiri, kawan pejabat lebih-lebih lagi dengan orang yang baru dikenali. Silap-silap terkena dengan orang yang taksub dengan semangat kepartian ni masakkkk....

Pada aku politik ini adalah sesuatu yang perlu di bincangkan secara terbuka dan yang paling penting pemikiran mestilah terbuka. Kadang-kadang aku tak faham kenapa perlu beremosi sangat bila bercakap mengenai politik? Dan yang pelik di Malaysia ni 24 jan 7 hari seminggu isu politik tak pernah habis dari rasuah sampailah bantuan banjir di Pahang nak di politikkan...Semak dah kepala  rakyat Malaysia ni, tengok berita di TV pun berita hal-hal politik ni tak pernah habis.

Hmm baru-baru ini persidangan UMNO telah berlangsung, yang keberapa pun aku tak tau lah. Terlintas pula di pemikiranku seorang rakyat marhaen ini akan gambaran seseorang "UMNO"

Bagi aku dan mungkin ramai rakyat marhaen di luar sana boleh merasakan bahawa seseorang ahli UMNO itu mempunyai kelas tersendiri. Kononnya seperti mereka diangkat sedikit dari rakyat walhal sebenarnya tidak tetapi begitulah keadaannya. Bila di kampung-kampung atau di taman perumahan bila di sebut mereka ahli UMNO maka secara automatik mereka berada di kelas tersendiri.

Orang UMNO juga meng'enak'kan jua diri mereka di anggap sebegitu. Adakah mereka tahu bahawa kebanyakan rakyat marhaen begitu meluat melihat mereka?

Orang UMNO juga di lihat begitu bermegah-megah dengan harta mereka. Tidakkah mereka tahu rakyat marhaen mengetahui gaji bulanan mereka termasuk elaun2 mereka...dan rakyat marhaen ternyata meragui di mana datangnya semua harta itu? Tidak kah orang UMNO kurang peka?

Tiada Orang UMNO di kedai-kedai kopi bersembang kosong, bergurau senda dengan rakyat marhaen, melawak, bertepuk-tepuk bahu, seperti rakyat marhaen biasa....owh lupa mereka kan ada kelas tersendiri...kalau ada program kerajaan ataupun JKKK baru la kelas....

Melawat orang sakit, kena bawa wartawan baru kelas....bagi duit bantuan persekolahan pun kena tunggu wakil rakyat sampaikan...ibu-ibu mengeluh kena ambil cuti, kena dengar ceramah dulu lepas tu dapat baucer...dah dapat baucer kena jumpa cikgu kelas pula nak tukar baucer kepada duit.....meluat dah ibu bapa yang menunggu....Orang UMNO rasa macam tu rakyat baru tau kerajaan kepimpinan UMNO yang bantu. Padahal rakyat marhaen dah tau bezakan antara Kerajaan & Parti Politik, Ianya berbeza...

Buat program besar-besaran paksa semua kakitangan kerajaan pergi meramaikan majlis. Tak cukup dengan itu habis guru-guru KAFA pun kena pergi juga. Pergi majlis kena sign ambil attendance...Kadang-kadang program ada tarian bagai tetapi tepaksa la juga guru-guru agama nih pergi....kalau tak pergi kang esok kena soal...meluatlah mereka-mereka ini.....

Bila diamati sayangnya UMNO....satu parti yang membebaskan tanah melayu yang bertuah ini...ahli-ahli terdahulu boleh terasa semangat mereka sehingga aku yang lahir selepas merdeka pun seram sejuk membaca perjuangan mereka. Bijak mereka tidak terkata, wadah mereka menggerunkan, titah mereka menundukkan, langkah mereka di sambut bak pahlawan oleh rakyat. Ketamakan, harta, tidak terlintas sedetik pun....kepada rakyat mereka berbakti, kepada rakyat mereka menghamba diri....

Tapi kini, apa yang ada pada UMNO, ahli-ahlinya cantik tetapi sayangnya semangat mereka untuk rakyat tidak dirasai, hanya ketamakan kuasa dan harta yang di dengari.. Menghamba diri hanya pada masa meraih undi selapas itu rakyat di pandang sepi seperti rakyat dijadikan alas kaki....

UMNO perlu diselamatkan......atau akan menjadi kubur sejarah negara yang hanya akan di baca sekali sekala...

Jumaat, 6 Disember 2013

Temuduga..oh..temuduga.....

Hm letih sebenarnya nak pergi temuduga ni...sebelum menghadiri temuduga kenalah tahu berkaitan dengan syarikat yang panggil temuduga tu....kena tambah pengetahuan tentang apa yang kita buat di syarikat kita bekerja sekarang....dah tua-tua ni malas dah aku nak pergi temuduga dah....kan senang bakal majikan tengok je resume terus panggil kerja...kan semua dah tulis dalam resume tu....hahahahahahaha.....

Hari ni aku pergi temuduga di satu syarikat perkapalan..tapi bukan itu sahaja syarikat berkenaan adalah fabricator untuk FPSO, FSO dan seangkatan dengannya..berahsia sangat la konon kan...senang cerita company tu adalah MISC....gementar juga lah tapi tak lah sampai meggeletar tangan, ye la anak syarikat PETRONAS kan...20/12 ni ada lagi satu temuduga dengan Schlumberger tapi masa belum confirm sebab agent belum call lagi....... kena la hadap dah nama pon awak ni pekerja contract...contract da nak habis kene la pulun cari kerja baru.....Insyallah ada rezeki nanti...aminnnn.....Hadif dan Haziq doakan papa ye sayang....

Jumaat, 29 November 2013

Minggu Penyakit dan tak penyakit.....

Hari ni hari last bekerja untuk minggu ni..esok da sabtu..yeahhhh!!!! macam tu lah kan kalau dah kerja makan gaji kalau kerja sendiri lain la cerita....apa pon minggu ni aku kerja hanya 2 hari sahaja iaitu khamis dan jumaat....dari isnin sampai rabu aku MC...hahahahahaha....macam syarikat nih bapak aku yang punya tapi nk buat macam mana kan dah sakit...dari hari ahad sampai la rabu aku kena asthma...macam nak meletup paru-paru ni..nak bernafas punya lah susah, pendek-pendek je...betul kata orang kalau tuhan nak uji tu Dia ambil sikit je nikmat yang Dia beri pada kita,...nescaya kita tak tertahan......selalu tak bersyukur aku ni agak nya.......Alhamdulillah.....syukur padamu ya Allah...dan yang paling kesiannya si abang pon kena lelah juga tapi tak kronik la macam aku...semalam cari klinik 24 jam sampai ke puchong tu ha...klinik 24jam di Bandar Saujana Putra nih hampeh tulis je 24jam besau-besau kat depan klinik tapi tutup....abang aku perasan macam nafas pendek masa nak tido mcm kesian aku tengok nak tido pon macam rimas....last2 aku dengan wife cari la klinik 24 jam sampai ke puchong....KPMC Puchong nama dia..nasib la ada....layanan bagi aku xde la sngat..doktor pon macam acuh tak acuh je tapi nurse dekat situ memberikan layanan yang terbaik walaupon abang meronta-ronta masa kena nebulizer tu tapi sekejap je pon merontanye..total kos nebulizer + jumpa doc + Ubat = RM 84...makin nipis la kocek pakcik..hahahahaha....habis treatment and sampai rumah around 3 lebih....amek kau....pening kepala aku hari ni dekat office.......Hadoi laaaaa.....

Terfikir juga aku yang tak pernah kena asthma pon dah kena..apa agaknya? maybe rumah aku dekat dengan construction site kot...Cepat la pindah.........

Huh dan minggu nih juga aku and wife dah p sign SnP untuk Taman Salak Perdana tu...insyallah kalau loan lepas merasa lah rumah baruuu......aminnnnnn

Khamis, 28 November 2013

28 November.....

Hari ini adalah 28 November 2013, genap 3 tahun aku mendirikan rumah tangga bersama isteriku tersayang, Nur Faizah..Selama itu jugalah pengalaman aku bergelar suami yang sedikit sebanyak membuatkan aku lebih matang. Terima Kasih ingin aku rakamkan buat isteriku yang tidak pernah lelah bersamaku, sentiasa memberi sokongan dan semangat, menjadi isteri yang taat, melahirkan dua putera yang menjadi penyeri hidupku serta menjadi ibu kepada mereka...Semoga kehidupan kita di redhai Allah s.w.t dan sentiasa dalam perlindungan-Nya.....Semoga cinta kita sampai sehingga ke Jannah.....Amin.

Isnin, 4 November 2013

Jangan ENGKAU berpaling...

Kusut..sangat kusut otak aku hari ni...terasa tak mampu dah aku nak menghadapi semua yang terjadi pada aku.....lepas satu hal..jadi lg satu hal...tak pernah habis, tak pernah bagi lelah aku pergi begitu sahaja.....

Kenapa aku perjalanan hidup aku sebegitu susah....kenapa aku selalu membuat orang sekelilingku penat dan lelah dengan diri aku...kenapa aku lahir....apa tujuannya....kenapa aku lahir tetapi begitu tersuratnya.....kenapaaaa.....

Ya Allah bantulah aku...bantu lah hamba mu...bantulah aku untuk orang disekelilingku supaya mereka tidak kecewa dan lelah kerana aku dilahirkan.......

Bantulah..

Bantulah.

Rabu, 23 Oktober 2013

Impian Seorang Lelaki.....

Impian seorang lelaki tuh tajuknya...hahahahaha....Ini merupakan impian aku tetapi lebih tepat lagi merupakan kemahuan nafsu semata-mata dan juga angan-angan. Tidak salahkan kalau berangan-angan?

Angan-angan aku adalah ni dia........


Superbike...Kawasaki Z800....perghhhh memang jahat kan motor nih...hari-hari aku pergi kerja melaui Maju Express Way (MEX) memang boleh gila tengok mamat2 superbike nih meluncur laju..aku plak naik motor macam siput je..hahahahahaha....Tanam dalam hati "rugi lahir sebagai lelaki kalau tak bawak superbike neh", sebelum tutup mata memang aku nak sambar satu. Tapi entah bila lah nak dapatkan, in sha Allah satu hari nanti..Keluarga diutamakan terlebih dahulu, anak-anak masih kecil, rumah pon belum nak ada, kereta pun tak habis bayar..so sambil-sambil naik motor kriss aku tu buat la bunyi vrooooommmmmm pakai mulut je.....Harga Kawasaki Z800 ni pon boleh tahan lebih kurang RM 50K.. Tak payah la aku nak review lebih-lebih, kalau type Z800 ni dekat en. Google berlambak la review pasal budak jahat neh..

Kalau tak dapat Z800 sebab mahal nau, dapat Benelli TnT 600 pon ok, harga lebih kurang RM 30K je..murah sangat da tu kalau nk pakai 4-inline kan...yang penting mesti 4-inline baru meletop-letop kan..kan...


Ha tu dia Benelli TNT 600....berangan ohhhh berangan..........ZZZZzzzzzzz...VvvRRommMMM!!!!


Jumaat, 18 Oktober 2013

Mee Ketam Kuala Lumpur di Shah Alam

Sebenarnya dah lama aku mengidam untuk mejamah mee kari ketam ni. Daripada pembacaan blog-blog tempat makan yang sedap di Shah Alam aku pon macam tertarik dengan mee ketam ni...yer la it's look difference walaupon pada asasnya nampak makanan yang ringkas....dan mungkin juga pemikiran ni dah diracun oleh bloger-bloger kat luar sana tu yang dok mengeget tangan ketam tu sambil tayang muka senget benget riak kepuasan....hahahahahaha..

So berangkat lah kami sekeluarga pergi ke Seksyen 7, Shah Alam, atau yang lebih tepat alamatnya adalah: No 11 Kompleks  Anjung 7, Jalan Zirkon B7/B, Seksyen 7, 4000 Shah Alam

Ni aku lampirkan gambar kedai tu dan juga harga yang aku ambil dari Google.



Pada aku harga ok lah tidak terlalu mahal dan murah..harga bagi mee kari fix dan harga ketam pula mengikut nafsu makan anda..hahaha...aku dan wife masing-masing tak pernah rasa ketam nipah, jadinya kami order ketam nipah seorang satu..alang-alangkan....

 Ha tu dia ketam nipah...kembang semangkuk kau...wife pon buat-buat senyum ketam padahal da lapau sangat...untuk si Abang, papa belikan mee sup je..

Ni pula tah siapa tah senyum kura-kura..hahahahaha....terkelua kau kaki ketam tuh....hahahaha....bagi aku rasa mee ketam dia memang memenuhi citarasa aku....cukup lemaknya, manis rasa ketamnya, serba-serbi tiada kekurangan.....mee sup si Abang pun sedap, terasa manis ketam......dan ongkos kesemuanya aku kena lebih kurang RM 50 termasuk dengan Lai Chi Kang sejuk dan air kosong....

Aku ambil ketam nipah so memang la agak mahal....tetapi untuk mencuba kenapa tidak kan? So sesiapa yang nak merasa Mee Ketam boleh la ke Mee Ketam Kuala Lumpur di Shah Alam, Seksyen 7.

Rabu, 16 Oktober 2013

Rumah Pertamaku (Insya Allah)

Hari ini adalah hari kedua bagi sambutan Hari Raya Aidil Adha bersamaan 11 Zulhijjah 1434 Hijrah, di kesempatan ini aku mahu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua. Semoga segala pengorbanan anda samaada kepada agama, masyarakat, keluarga dan diri sendiri di terima Allah s.w.t. Dan semoga kita sanggup berkorban di masa-masa akan datang tidak kiralah pengorbanan tersebut dari harta kita mahupon diri kita sendiri.

Berbalik semula kepada tajuk, pada sabtu yang lepas (12.10.2013) sempat la aku bersama isteri bersama anak-anak termasuk mentuaku pergi melihat projek perumahan Sepang Perdana. Mulanya memang aku plan nak pergi bersama wife sahaja dan meninggalkan anak-anakku di rumah mentua, yer lah kalu di bawa hadif dan haziq macam  tak sesuai pula kerana mereka masih kecil. Tetapi tiba-tiba mentuaku nak pergi sekali, baguslah sebab bapa mentuaku memang ada 4X4 senang lah nak meredah tanah merah dikawasan projek nanti.

Projek perumahan ini terletak di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Sebenarnya projek perumahan ini adalah projek terbengkalai selama lebih kurang 13- 14 tahun kalau mengikut cakap-cakap orang di Bandar Baru Salak Tinggi. Nama lama bagi projek ini adalah Taman Kenanga dan pemaju asal adalah Kumpulan Sepang Utama Sdn Bhd. Di khabarkan  pemaju lama mengalami masalah kewangan dan hanya fasa satu sahaja yang berjaya disiapkan.

Nama syarikat penyelamat bagi projek ini atau White Knight ialah NCT Development Sdn Bhd anak syarikat NCT Group. Dan penjenamaan semula taman ini telah dibuat daripada Taman Kenanga kepada Taman Sepang Perdana. Begitu la sedikit sebanyak berkenaan dengan projek ini.

Bagi aku tak kisahlah samaada  perumahan tersebut projek terbengkalai ataupon baru sebabnya rumah yang dijual agak berpatutan, mungkin disebabkan perumahan disini aldalah terbengkalai menjadikan pemaju terpaksa menjualnya pada harga yang aku fikirkan munasabah.

Rumah yang aku tempah adalah Fasa 3a, atau lebih tepat lagi wife yang tempah sebab plan nak guna nama dia buat loan kerajaan sebab memang miss wife adalah seorang kakitangan kerajaan. Fasa 3A ini bukaan tanah adalah 20x70 dan keluasan binaan lebih kurang 1551ft aku aku tak silap. Dan yang paling penting harganya berpatutan iaitu RM 288K, projek bersebelahan pon hampir RM 380K!! Memang berbaloi....

Tetapi design rumah ini agak lama, yer lah kan kalu terbengkalai 14 tahun, design pon 14 tahun yang dulu lah kan. Ini gambar aku ambil dari mudah.my....


Memang design lama kan, oklah bagi aku dan wife, kami ni bukan orang kaya mana yang murah dan berbaloi kami ok jerrrrr..tetapi rumah yang kami tempah ada sedikit kelainan seperti di bawah...

Ha tu dia...ada lekuk-lekuk plak kan..hahahaha...sebenarnya kami pilih design nih sebabnya nak batu pada binaan porch kereta tu, kalau anda lihat pada design porch yang lurus tu anda boleh lihat pemaju guna papan pada atas binaan porch...nak sangat batu ha amek lekuk-lekuk jadi la old fashion sikit hahahahahaha....ok la kan...aku suka, wife pon suka ok laaaa....

Jika dilihat memang rumah ini adalah binaan baru walaupon projek terbengkalai sebabnya bagi blok yang aku tempah hanya cerucuk konkrit dan base sahaja yang sempat di buat oleh pemaju lama...kira rumah baru lah kan aku tempah hehehehe...

Dari aku membebel banyak jom layan dalaman rumah ini....

Ini gambar master bedroom, menggunakan laminated floor untuk menutupi lantai instead of pakai tile, dan master bedroon agak besar bagi aku...sila abaikan bang boroi dalam gambar tu yer....

Ini pula gambar toilet bawah, not bad kan?

 Ini pula gambar dapur, sedikit kecil tetapi sesuailah dengan keluargaku yang kecil dan juga yang paling penting ialah kewangan keluargaku....hahahahaha.... nak besar sangat beli je banglo...hantar borang permohonan ke bank sah-sah kena rijek sebab gaji aku tak banyak kosong-kosong...kosonggggg.....hehehehe.....

Itulah sedikit foto yang aku kongsikan, banyak juga gambar yang ada tapi malas nak upload banyak-banyak..esok-esok aku juga yang baca blog nih..hehehehe....

Insyallah kalu di izinkan tuhan rumah ini akan kami sekeluarga duduk tetapi kalu tiada rezeki nak buat macam mana kan....projek perumahan ini pon belum launch lagi dan semestinya loan wife pon belum buat lagi, kena lihat term and condition pemaju semasa launch nanti...Kami sekeluarga berharap sangat rumah ini akan menjadi milik kami suatu hari nanti....Aminnnnnn....

Isnin, 7 Oktober 2013

Temuduga Jawatan Kerajaan

Pada 25 September 2013 aku ada menerima satu email dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk temuduga jawatan Pemeriksa Kilang Dan Jentera (Kejuruteraan Kimia). Tarikh temuduga pula jatuh pada hari Jumaat (4/10/2013). Terasa malas nak pergi pon ada juga sebabnya ini adalah kali kedua aku dapat temuduga jawatan tersebut. Tapi dah pandai-pandai apply pergi je la kan hahahahaha....Masa aku dapat panggilan temuduga yang pertama dulu masa aku baru lepas grad, lebih kurang 5 thaun tahun lepas kot..lama sangat dah.. dan keputusan temuda temuduga tu al-maklum memang lah tak dapatkan kalau tak mesti sekarang aku dah kerja kerajaan..

Sebenarnya aku mengharapkan juga dapat kerja dengan kerajaan nih..sebabnya aku sekarang ni pon berkerja sebagai contract staff, dan pertengahan bulan December 2013 ni habislah contract aku..lepas dari tu aku pon tak tau lah..hanya Allah sahaja yang tahu.

Walaupon kerja kerajaan nih orang kata kalu nak dapat gaji besar berbanding kerja swata memang la tak dapat tetapi in term of security memang terjamin dan ade pencen...ko nak keje ke nak makan to makan tido ke lepas bersara duit tetap masyukkk...hahahaha.. Dan benefit boleh la aku kirakan bagus, lebih-lebih lagi perihal pinjaman perumahan.

Jadi untuk memaksimakan peluang untuk dapat tu (chewahh!!!) habis aku baca pasal akta-akta neh

a) Akta Kilang dan Jentera 1967
b)Akta Keselamatan, Kasihatan dan Kebajikan Pekerjaan 1994
c) Akta Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan) 1984

Kalau sebelum nih aku tak pernah baca pon, walaupon kerjayaku sebelum ni sebagai Project Engineer ade lah juga yang berkaitan dengan akta-akta tersebut...Tapi memang tak penah baca pon, nak buat macam mana kan......Apedah haprak punya enginior kan...hahahahaha

Selain daripada itu, habis juga lah aku mengingat nama-nama mentari menteri dan juga hal-hal semasa yang berlaku..Kalau tak dapat tak tau lah kerja neh....huhuhuhuhu...

Dan akhirnya pada hari yang ditetapkan, aku pergilah temuduga ditemani isteri, almaklumlah Putrajaya ni susah nak cari parking so wifey tunggulah dalam kereta bersama dengan Abang, Adik pula terpaksa la Papa & Ibu hantar pergi Taska sebab susahla kan  wifey nak jaga dua orang sekali. Nasib la wifey ni kerja sekolah petang boleh temankan Papa pergi temuduga.

Kebetulan pada hari tersebut juga aku kene sakit mata so tak payah la amik cutikan..ambil je MC (selamat cuti raya korban aku).....Taktau sebenarnya bagus ke tak, temuduga sambil mata merah menyala..hahahaha...belasah je la...pergi je la, ada rezki dapat la kan.

Aku tiba di perkarangan SPA Putrajaya lebih kurang pukul 8.30pagi, ingatkan aku yang paling awal tetapi rupanya dah ramai dah orang. Hmmm memang ramai nak kerja dengan kerajaan, yang datang aku tengok semuanya macam dah bekerjaya. Masing-masing jawab telefon semuanya bercakap berkenaan dengan kerja. Segak bergaya semuanya dari lelaki tak kurang yang perempuannya..aku? pakai kasut pon kene cucuk pin sebab tapak kasut dah tercabut..hadoilahhh....Biasalah kan kalau dah ada anak ni tanggungjawab pon lebih. Keperluan keluarga diutamakan daripada keperluan diri sendiri, aku bersyukur sangat sebab Allah s.w.t mengurniakan aku seorang isteri yang amat membantu. Kalau tiada dia, mesti aku dah boleh dikategorikan sebagai fakir miskin...hmmmm....Alhamdulillah..

Berbalik semula kepada cerita tadi, rupa-rupanya yang datang di panggil temuduga tu ada banyak jawatan. Patutlah ramai sangat dan banyak bilik temuduga yang disediakan. Bagi jawatan Pemeriksa  Kilang dan Jentera J41 aku sempat jeling senarai adalah lebih kurang 12 orang. Ramai juga tu, tu baru hari ni, dari aku baca blog2 orang, sesi bagi temuduga jawatan ni adalah dari 4/10/2013 sampai la 24/10/2013. Hah amek kau, sebulan tu, berapa orang dia temuduga, berapa dia nak hire????. Keberangkalian untuk dapat tu amat tipis. Sesiapa yang dah @ dapat kerja kerajaan untung laaaaaaaa.....

Bagi aku kalau dapat rezeki anak-anak. Kalau nak kira rezeki aku, banyak sangat sangat dosa aku dengan Allah...hmmm... Pada temuduga kali ni aku rasa biasa sahaja, dah memang aku setkan otak aku ni kalu dapat rezeki kalu tak dapat nak buat macam mana kan, yang memohon berapa punya ramai..dan mungkin sebab aku dah melalui banyak sangat temuduga kot..sampai da malas nak rasa takut masa temuduga hahahahaha...sebenarnya terasa diri dah tua pon ada..huhuhu...

Kebanyakan yang di temuduga  mengambil masa lebih kurang 25-30 minit..jenuh jugalah aku menunggu, kesian lagi wife dan abang  yang menunggu dalam kereta.

Akhir sekali sampailah turn aku, masuk ketuk pintu bagi salam..borak-borak, tanya pasal skop kerja sekarang yang aku buat, dah kahwin ke belum, tanya pasal isu semasa sikit.. dah....Haik!! siap...tak sampai 15 minit je hahahahahahahaha...Tak sempat aku nak bagi up sikit self value aku huhu....

Ok lah tu kan.. aku pon dah lapar terus je pergi Alamanda, petang nak pergi Proton Service Centre pula...Ada rezeki adalah, tiada nak buat macam mana kan...Harap adelah rezeki...Aminnnnn

Jumaat, 20 September 2013

Mukaddimah

Alhamdulliah...Setelah sekian lama aku nak buat blog, akhirnya hari ni dapat juga aku memulakan penulisan. Diharap blog ini akan menjadi pedoman untuk aku dan keluargaku di masa depan (dan mungkin menjadi pedoman kepada yang membaca) dan juga mungkin menjadi pengajaran jika suatu hari nanti aku berbalik menelaah semula masa2 lampau yang mungkin akan membuatkan aku tersenyum memikirkan selama ini yang aku lalui.....insyallah...

Buat isteriku, disini papa coretkan segala yang papa lalui dan buat anak-anakku, inilah perjalanan hidup papa dan mungkin menjadi sebahagian daripada kehidupan kamu samada kamu sedari ataupun tidak.

Semoga tulisan aku di blog ini menjadi perakam waktu di masa akan datang...

Sekian mukaddimah dari aku dan Insyallah akan berusaha menulis setiap yang berlaku dalam kehidupan dari manusia yang bernama Mohd Ridhwan...