Sila Klik

Selasa, 8 Julai 2014

Banyak Yang Terlepas

Alhamdulillah hari ni dah masuk 10 hari di dalam bulan Ramadhan, bersyukur juga di kurniakan kesihatan yang baik bagi aku menjalani ibadah puasa dan harapannya sihat la juga dimasa- masa hadapan. Agak lama juga aku tidak menulis di blog ini, iyalah aku pun baru lagi menulis dan bukan la tegar sangat ingin menulis hanya untuk diri sendiri dan anak-anak. Esok dah tua bnayk benda yang kita terlupa, kadang yang masih muda ini pun banyak yang terlupa, nah nukilan sendiri juga menjadi nostalgia kan. Diharapnya begitulah kemudian hari.

Sebenarnya banyak yang terjadi dari bulan April hingga ke Julai. Selama 3 bulan tu aku tak menulis, kemalasan menjadi penyebab utama. Ada pun hari ini tergerak untuk menulis disebabkan kebosanan melampau di tempat kerja...huhuhu

Perkara yang terlepas selama 3 bulan ni memang banyak, nak dicerita satu persatu jadi novel la pulak kan dan sememangnya aku pun tak kuasa nak cerita...hahaha

Peristiwa yang penting terjadi selama 3 bulan ini, Ayah aku masuk hospital lagi, tetapi Alhamdulillah dah keluar. Macam biasa semput menjadi penyebab, semuanya disebabkan penyakit tiga serangkai, darah tinggi, kencing manis, jantung. Bermalam jugalah aku di hospital untuk 2 malam, kesian mak kena jaga ayah, aku rasa ayah kena tahan ward lebih kurang seminggu. Aku nak tunggu tak boleh, kekangan kerja lagipun aku kerja di Kuala Lumpur. Akak -akak yang lain pun sama, jadi mak sahajalah yang temankan ayah. Kesian mak, usia dah melangkau 65 tahun masih gigih lagi. Betul kata orang, seorang Ibu boleh menjaga 10 orang anak, tetapi anak menjaga seorang ibu pun tak mampu..Kalaulah aku mampu berbuat baik, akan aku buat tetapi bekerja ni susah, tak pergi kerja kena buang mana nak cari duit kan? kita ni dah jadi hamba duit pula kan..

Perkara berikutnya, Muhammad Haziq Hammani dah meningkat usianya setahun pada 25 June 2014, Alhamdulillah Haziq sihat, dah pandai bertatih tetapi belum berjalan lagi. Lambat macam abangnya, sekarang kalau duduk rumah memang riuh. Haziq dah pandai main dengan Abang. Sesekali nampak Haziq marah Abang, kelakar pon ada tak padan dengan kecil hahahahaha.....Si Abang selalu mengalah saja, nak di pukul adik takut kena marah, besar dah kedua-dua anak papa.

Perkara lain, temuduga aku di Gas Malaysia Berhad, di panggil menhadiri temuduga jawatan Procurement Executive. Semuanya berjalan lancar, soalan-soalan yang ditanya aku rasa 80-90% aku boleh jawab. Rasa dihati memang InsyAllah boleh dapat. Lebih kurang 2 minggu lepas tu aku terima surat dari Gas Malaysia Berhad. Berbunga-bunga jugalah hati kan, Isteri pun tak sabar nak buka surat. Akhir sekali bila dibuka tertulis tidak berjaya. Termenung juga aku sekejap, dirasakan boleh dapat tapi tidak, takpelah bukan rezeki aku. Aku percaya dengan perancangan Allah SWT. kalau di takdirkan aku begitu, begitulah aku, begini, beginilah aku. Harapannya Allah swt memberi petunjuk.

Hmm the best part dalam 3 bulan ni, rumah kami sekeluarga dah hampir siap. Kali terakhir pergi melawat rumah semua macam dah siap kecuali touch up sikit2 sahaja. Pokok, rumput, tiang elektrik semua dah ada. Dengar cerita bulan 12 dah boleh diduduki...Aku memohon pada Allah agar dipermudahkan rezeki, nak masuk rumah ni bukan sikit nak pakai duit, macam-macam nak kena beli dan membayar hutang rumah adalah satu komitmen yang tinggi dan cukup berani pada aku.. InsyaAllah dengan izinya, harapannya rezeki aku sekeluarga bertambah dan bahagia sekeluarga....Aminnn


1 ulasan:

  1. salam kenal. lama tak menulis?

    IM juga menulis untuk jadikan blog sebagai otobiografi. kenangan buat anak cucu masa depan...

    BalasPadam