Sila Klik

Isnin, 3 Mac 2014

Bertukar Taska

Sampai je office harini baru teringat yang hari ni bermulalah taska Hadif & Haziq bertukar owner..sayang sangat sebab owner lama memangla sangat baik bagi aku..Hadif ceria sahaja ke taska, haziq pula aku tak tau la tapi takdelah menangis atau mengigau kalau tidur tu...bagi aku sebagai ayah memang rasa selesa sangat hantar ke Taska yang lama...kawan-kawan si Hadif pun ramai sampai anak orang pon panggil aku papa...hehehehe....

Tapi bila dah tukar owner ni tak tau lah...call wife pagi td bertanya pasal si abg dan adik, wife cakap dah bawa pergi taska di sekolah wife sebab masa hantar Hadif sampai sahaja Hadif dah menangis...wife cakap Hadif dibiarkan dudk dipenjuru rumah tanpa seorang pon memujuk....hmm kalau cikgu lama dia mesti dah pujuk dah....At last, wife tak tahan tengok si abang tu tiada yang pujuk so dia decide la nak bawa si abang dengan adik sekali pergi Taska sekolah...Harap abang dengan adik ok lah ditempat baru...sedih pula aku anak-anak kena sesuaikan diri dengan suasana baru, kawan baru, cikgu baru....dan sememangnya kita yang sudah dewasa pun tak suka dengan keadaan macam tu kan...satu kebaik
an pula, anak-anak aku dekat dengan wife...ye la satu sekolahkan...kalau ada masa terluang boleh la wife pergi tengok dua-dua tu...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan