Hari ni aku sepanjang hari duk mengesat selsema aku kat office...badan dah mula panas semula. Padahal baru last week aku demam, pakej la dari selsema sampai ke batuk plus kena asthma..Pergi klinik melayang RM 78.
Nowdays aku taktau la kalu mereka yang berpendapatan kecil macam mana nak p klinik swasta kalau setakat jumpa doktor dengan ubat sikit-sikit dah lebih dari RM 50.
Nak harap klinik Satu Malaysia kalau lah dekat dengan rumah. Bagi aku yang duduk di Bandar Saujana Putra memang dekat je Klinik Satu Malaysia tu. Aku dah pergi dah pun masa aku kena asthma, dapat la nebulizer je... Ubat semua tiada ye, alasan Klinik Satu Malaysia ni rawat sakit-sakit biasa je. Asthma di kategorikan rawatan kecemasan..Hadoi la apa punya klinik la..Doktor pon tiada...Aku pon tak tau la siapa yang rawat aku tu...pakai kemeja putih dengan seluar hitam, maybe pembantu perubatan kot.
Apa-apa pun aku berterima kasih juga la pada kerajaan ada disediakan klinik satu Malaysia ni...Mungkin untuk demam atau sakit-sakit lain adalah ubat tu. Dan yang paling penting kalau kerja swasta bayar Seringgit je...Beli air kt pasar malam pon seringgit...begitu murah kan.
Oleh kerana tak dapat ubat ape pon terpaksela juga pergi klinik swasta...ha amek 78 hengget kena...redho aje la....
Berbalik semula kepada penyakit aku ni...risau juga baru semalam aku last makan antibiotik hari ni dah demam semula...apa penyakit aku ni? Sejak aku kerja SLT ni selalu sangat aku demam..
Mungkin sekarang aku naik motor pergi balik kerja..ye lah sekarang ni KL asyik hujan je petang. Dlu sampai hutan terbakar la sana-sini kan keringnya tiada hujan. Hari-hari travel almost 100KM naik motor...Tua dah badan aku ni..tak tahan dah macam dulu2...ni baru 29 tahun esok kalau dah masuk 30-an tak tau lah....
Sila Klik
Khamis, 10 April 2014
Isnin, 7 April 2014
Doa Bagi Melangsaikan Hutang
Kadang-kadang bila memikirkan hutang ni, nak tarik nafas pon rasa semput.....semakin bertambah usia semakin banyak hutang yang di tanggung walhal gaji masih sama. Kalau tak nak berhutang tak boleh juga...
Sekarang ni berlegar-legar macam mana nak settle semua hutang aku..
1. Personal Loan
2. Hutang Kereta
hutang yang akan datang hutang rumah...lagi banyak kena bayar....bila difikir makin sempit jalan yang ada..makin di congak makin serabut kepala...Nak berniaga entah...boleh ke? nak mula kt mana? skill apa yang aku ada? nak berniaga apa? kawan-kawan pon tak ramai...hmmm...ke alasan je semua ni....tengok dekat FB orang berniaga online jual macam-macam supplement nak kene couching la bagai...macam tak minat....betul ke? aku tak suke pakse-pakse orang beli barang...ada yang jual barang tapi dok cerita faedah joint jual barang boleh pergi melancong, pakai kereta besar bagai....ni kau jual barang ke nak suruh aku jadi member ke downline ape neh? eh tak reti la aku.....
Ke aku yang sceptical sangat...ke aku yang tak betol...eh susahnya...ke aku dah ok dah sekarang ni? semua orang macam aku ke?
hmmm....
Allahuakhbar...

Selasa, 25 Mac 2014
MH370 Yang Meruntum Jiwa
Hari ini aku merasakan sangat sedih.....MH370 di sahkan berakhir di lautan Hindi selatan....Perdana Menteri Malaysia telah mengesahkan secara rasmi penerbangan MH370 berakhir di lautan hindi selatan.
https://www.youtube.com/watch?v=xV8GHXbKJAU
Kehilangan ini dirasai seluruh Malaysia, radio awam. pengangkutan awam semuanya membuat bacaan al-fatihah untuk disedekahkan kepada semua penumpang MH370 yang beragama islam.
Dengan ini, saya secara peribadi ingin mengucapkan salam takziah kepada semua keluarga penumpang MH370. Semoga Allah menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman.
Al-FATIHAH.....
Rabu, 19 Mac 2014
Arjuna Beta
Assalamualaikum anak-anak papa,
Hari ini papa di pejabat sambil buat kerja papa ada terdengar satu lagu yang papa rasakan sesuai di jadikan nasihat untuk anak-anak papa...
Verse 1
Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
verse 2
kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
chorus
ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/05/lirik-lagu-arjuna-beta-fynn-jamal.html#ixzz2wOKij77Z
Bila papa amati lirik lagu ini satu per satu papa tersedar betapa kamu cepat sangat membesar rasa tak puas lagi peluk hadif masa baby.... haziq pula sekarang dah pandai memanjat papa...nanti kamu dah besar jangan malu peluk papa ye....papa kalau boleh nak peluk anak-anak papa sampai bila-bila...papa sayang kamu semua....

Jumaat, 14 Mac 2014
Apa Yang Kau Mahu
Kadang-kadang kita melihat sesuatu itu sangat besar,
Sangat besar sehingga tidak tertanggung,
Padahal sebenarnya mudah, mudah sebenarnya,
Kita terlalu memandang pandangan sekeliling yang berat nafsunya,
Terlalu memikirkan fikiran mereka.
Apa yang kita perlukan sebenarnya?
Apa tujuan kita di alam ini? Apa perlu perkara lain?
Menggasak diri sendiri seolah-olah hidup selamanya,
Melihat apa yang di genggam sebagai kekuasaan,
Sehingga terlupa akan tujuan sebenar, terlupa dunia kekal yang janjikan Nya.
Yang perlu hanyalah sujud, ya itulah dia, sujud,
Hatimu akan berpaling, hatimu akan redup,
Berpaling dari sesuatu yang di fikir sangat besar,
Pandanganmu mulai perlahan melihat tergesaan manusia,
Senyumanmu akan mula terkumtum indah.
Ya inilah dia, sujud, dan terus sujud.......

Rabu, 12 Mac 2014
MH 307 Kembalilah..
Buat keluarga-keluarga yang kehilangan ahli keluarga mereka di dalam pesawat MH 307.... bersabarlah dan berdoalah kepada Allah S.W.T supaya mereka selamat walau di mana mereka berada.....Semoga Allah memperkenankan doa-doa anda dan seluruh rakyat Malaysia....Jangan pernah kamu berputus asa dengan Allah kerana Allah tidak pernah berputus asa dengan hamba-hambanya....
Harapan saya semoga anda semua pulang dengan selamat....Aminn...
Jumaat, 7 Mac 2014
Hob dan Hood untuk Kitchen Cabinet
Pada minggu lepas, aku dan isteri pergi ke Milanohaus di puchong untuk membeli Hob dan Hood. Sebenarnya tiada niat pon nak beli sekarang hob dan hood ni....Nak jadikan cerita aku beli surat khabar Metro pada sabtu 1 Mac haritu nampak la iklan pasal jualan penghabisan stok ke gudang ke aku tak berapa ingat...tapi biasalah kadang-kadang iklan ni memang akan mengaburi mata pembeli dengan bermacam helahkan...
So aku pon ajaklah wife pergi tengok kot-kot ada yang murah..setelah diamati harga satu-satu pakej yang di berikan...ye harga ye bukan kualiti..hahahahha...aku kan cheapo...akhirnya wife pon setuju aku beli jenama elba sahaja...wife pon berkenan aku pon berkenan ok lah...
![]() |
| Milanohaus Puchong |
Hm ingtkan nak tnggu Homedec baru beli tapi aku tanya saleperson tu biasa dieorang jual masa Homedec lagi murah ke mahal, dieorang cakap harga Homedec mahal sikit dari sekarang sebab nak sewa tapak pon da mahal...kalau dia kelentong aku...terkelentong la aku...hahahaha...tapi bagi aku harga yang ditawarkan amatlah berbaloi...kalau korang aku tak tau la kan...harga yang di tawarkan Hob + Hood jenama Elba RM1199 sahaja..kalau sekali dengan oven 8 function 2 ribu or tak sampai pon 2 ribu ....aku tak berapa ingat.
Mulanya hanya hood yang design nya jenis lurus tu yang tinggal tapi isteri nak sangat lengkung-lengkung ni sebab dah berkenan dekat hati dan tak nak sama mcm mama..nak tukar angin katanya...padahal time tu dah tiada stok dah sale person tu cakap...tapi perempuan kan benda kalau dah nak tu mesti kena dapat jugak...aku ikutkan je la..dah dapur tu ibarat kawasaki Z800 pada dia (bila aku nak beli Z800 neh...haishhh) hahahaha..aku ikutkan sahaja.
![]() |
| Ni la yang aku cakap jenis lurus tu..nak terangkan pon tak tau kan..gambar aku rembat dari website elba |
![]() |
| Ni dia jenis Hood yang kami beli...jenis yang wife suka.. |
Untuk penghantaran pula, kena charge RM 100 untuk Bandar Saujana Putra...so aku decide untuk bawak sendiri je...jimat...aku kan cheapo...hahahahaha....dan hasilnya....
Nampakkan ape dah jadi..sebab kotak besau sangat xmuat nak masuk thru pintu so kena bukak kotak masukkan hood tu dalam kereta, kotak lipat-lipat masukkan juga...dah muat hahahaha..sampai rumah kenalah masukkan balik...berat jugak sampai sakit pinggang aku kejap....perghhh...oleh sebab belakang semua dah penuh, wife, abang & adik kenalah duduk depan...si abang pulak nak bawa balik belon yang mana tah dia dapat dekat milanohaus nih..tapi aku dah mintak izin saleperson tu ye...bukan rembat tapi minta tau...hahahaha...
![]() |
| # Tu dia...penuh belon...nak tengok cermin sisi pon kena tolak-tolak belon...anak-anak papa punya penangan.. |
Langgan:
Catatan (Atom)