Sila Klik

Khamis, 6 Februari 2014

Haziq Kena Ambil Darah

Haziq macam takde mood je kebelakangan ni...masa aku ambil dari taska pon termenung je sampaikan cikgu di taska pon bagitau Haziq banyak termenung. Cerianya pon tak macam dulu, makan pon makin kurang, minum susu pon sama. Kalau dah lapar sangat baru la nak menyusu.

Takut juga kena denggi, rumah aku memang banyak nyamuk. hari-hari kena spray sebelum tidur. Banyak sangat construction site dekat Bandar Saujana Putra ni. Last week balik sepang pun dia dah start dedar badan.

Pagi tadi wife hantar pergi pemeriksaan rutin di KK Jenjarom. Alhamdulillah lepas periksa darah takde denggi....tapi masih tertanya-tanya juga kenapalah dedar badan tu dah berlanjutan lama sangat...Doc cakap cuma jangkitan viral biasa. Hope Haziq cepat sembuh....Kesian anak papa kena ambil darah....


Dijauhkanlah segala penyakit berbahaya pada anak-anak papa...semoga semua sihat hendaknya dan menjadi anak yang soleh...Amin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan