Sila Klik

Khamis, 13 Februari 2014

Haziq Kena Lelah....

Semalam pukul 3.30 pagi aku dengan wife and hadif tepaksa berangkut ke Hospital Putrajaya sebab Haziq kena lelah...mulanya memang macam da nampak sikit-sikit si Haziq nak kena lelah masa ambil dari Taska...Bernafas nampak sedikit ketat...wife pon dah bagi ubat lelah tu apatah nama dia bentolin kot...masa nak masuk tidur nampak dah kena last-last pukul 3 pagi terpaksa pergi hospital dah ubat pun tak jalan terpaksa lah juga....
Sampai hospital turunkan wife dekat pintu kecemasan tu terus je Haziq di saring jam-jam tu juga..lepas tu terus je masuk bahagian separa kritikal....menurut wife orang yang in-charge dekat bahagian saringan tu lelah Haziq memang da tahap teruk dah..masa aku dukung Haziq dekat rumah tu memang dah rase dada Haziq sampai berlekuk la nak tarik nafas tu....

Alhamdulillah doktor kata Haziq boleh balik tak perlu duduk wad sebab Haziq galak sangat main lepas kena nebulizer.....aktif pula Haziq pagi-pagi buta ni....doktor cuma cakap makan ubat je dan tak perlu datang hospital melainkan kalau Haziq kena lagi sekali....untuk pertama kalinya Haziq kena makan antibiotik...kesian adik kecil-kecil lagi dah kena makan ubat tu...

Layanan Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya memang aku rasa terbaik...perkhidmatan cepat dan staff memang memberikan layanan yang cukup memuaskan....cuma masa aku sampai tu kalut la kan nak ikut wife masuk bahagian separa kritikal tu tapi tak dapat masuk, wife je dgn Haziq bole masuk....rasa nak marah juga bila difikirkan kalau ada 100 pesakit, semua waris nak masuk sesak la kan bahagian separa kritikal tu....takpelah tunggu je la sambil dukung si Abang....

Dan yang paling penting tak payah bayar apa-apa pun....last time abang lelah aku pergi KPMC Puchong Specialist Center amek kau RM 80.00 kena.....pergi kerajaan kan jimat...perkhidmatan pun memuaskan...

Harap Haziq cepat sembuh.....Bila tengok anak sakit ni, kita sebagai ibu dan bapa pun jadi tak senang duduk....macam mana lah masa dlu masa kita masih kecilkan...zaman dulu lagi susah...teringat pula dekat mak dan ayah di kampung....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan