Sila Klik

Selasa, 10 Disember 2013

Pemikiran Seorang Marhaen~~~Persidangan UMNO

Hm kalau nak bercerita pasal politik, sememangnya satu isu yang amat sensitif di kalangan orang-orang di Malaysia ni..Aku pun kalau boleh mengelak bercakap pasal politik dengan kawan-kawan sendiri, kawan pejabat lebih-lebih lagi dengan orang yang baru dikenali. Silap-silap terkena dengan orang yang taksub dengan semangat kepartian ni masakkkk....

Pada aku politik ini adalah sesuatu yang perlu di bincangkan secara terbuka dan yang paling penting pemikiran mestilah terbuka. Kadang-kadang aku tak faham kenapa perlu beremosi sangat bila bercakap mengenai politik? Dan yang pelik di Malaysia ni 24 jan 7 hari seminggu isu politik tak pernah habis dari rasuah sampailah bantuan banjir di Pahang nak di politikkan...Semak dah kepala  rakyat Malaysia ni, tengok berita di TV pun berita hal-hal politik ni tak pernah habis.

Hmm baru-baru ini persidangan UMNO telah berlangsung, yang keberapa pun aku tak tau lah. Terlintas pula di pemikiranku seorang rakyat marhaen ini akan gambaran seseorang "UMNO"

Bagi aku dan mungkin ramai rakyat marhaen di luar sana boleh merasakan bahawa seseorang ahli UMNO itu mempunyai kelas tersendiri. Kononnya seperti mereka diangkat sedikit dari rakyat walhal sebenarnya tidak tetapi begitulah keadaannya. Bila di kampung-kampung atau di taman perumahan bila di sebut mereka ahli UMNO maka secara automatik mereka berada di kelas tersendiri.

Orang UMNO juga meng'enak'kan jua diri mereka di anggap sebegitu. Adakah mereka tahu bahawa kebanyakan rakyat marhaen begitu meluat melihat mereka?

Orang UMNO juga di lihat begitu bermegah-megah dengan harta mereka. Tidakkah mereka tahu rakyat marhaen mengetahui gaji bulanan mereka termasuk elaun2 mereka...dan rakyat marhaen ternyata meragui di mana datangnya semua harta itu? Tidak kah orang UMNO kurang peka?

Tiada Orang UMNO di kedai-kedai kopi bersembang kosong, bergurau senda dengan rakyat marhaen, melawak, bertepuk-tepuk bahu, seperti rakyat marhaen biasa....owh lupa mereka kan ada kelas tersendiri...kalau ada program kerajaan ataupun JKKK baru la kelas....

Melawat orang sakit, kena bawa wartawan baru kelas....bagi duit bantuan persekolahan pun kena tunggu wakil rakyat sampaikan...ibu-ibu mengeluh kena ambil cuti, kena dengar ceramah dulu lepas tu dapat baucer...dah dapat baucer kena jumpa cikgu kelas pula nak tukar baucer kepada duit.....meluat dah ibu bapa yang menunggu....Orang UMNO rasa macam tu rakyat baru tau kerajaan kepimpinan UMNO yang bantu. Padahal rakyat marhaen dah tau bezakan antara Kerajaan & Parti Politik, Ianya berbeza...

Buat program besar-besaran paksa semua kakitangan kerajaan pergi meramaikan majlis. Tak cukup dengan itu habis guru-guru KAFA pun kena pergi juga. Pergi majlis kena sign ambil attendance...Kadang-kadang program ada tarian bagai tetapi tepaksa la juga guru-guru agama nih pergi....kalau tak pergi kang esok kena soal...meluatlah mereka-mereka ini.....

Bila diamati sayangnya UMNO....satu parti yang membebaskan tanah melayu yang bertuah ini...ahli-ahli terdahulu boleh terasa semangat mereka sehingga aku yang lahir selepas merdeka pun seram sejuk membaca perjuangan mereka. Bijak mereka tidak terkata, wadah mereka menggerunkan, titah mereka menundukkan, langkah mereka di sambut bak pahlawan oleh rakyat. Ketamakan, harta, tidak terlintas sedetik pun....kepada rakyat mereka berbakti, kepada rakyat mereka menghamba diri....

Tapi kini, apa yang ada pada UMNO, ahli-ahlinya cantik tetapi sayangnya semangat mereka untuk rakyat tidak dirasai, hanya ketamakan kuasa dan harta yang di dengari.. Menghamba diri hanya pada masa meraih undi selapas itu rakyat di pandang sepi seperti rakyat dijadikan alas kaki....

UMNO perlu diselamatkan......atau akan menjadi kubur sejarah negara yang hanya akan di baca sekali sekala...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan