Sila Klik

Rabu, 16 Oktober 2013

Rumah Pertamaku (Insya Allah)

Hari ini adalah hari kedua bagi sambutan Hari Raya Aidil Adha bersamaan 11 Zulhijjah 1434 Hijrah, di kesempatan ini aku mahu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua. Semoga segala pengorbanan anda samaada kepada agama, masyarakat, keluarga dan diri sendiri di terima Allah s.w.t. Dan semoga kita sanggup berkorban di masa-masa akan datang tidak kiralah pengorbanan tersebut dari harta kita mahupon diri kita sendiri.

Berbalik semula kepada tajuk, pada sabtu yang lepas (12.10.2013) sempat la aku bersama isteri bersama anak-anak termasuk mentuaku pergi melihat projek perumahan Sepang Perdana. Mulanya memang aku plan nak pergi bersama wife sahaja dan meninggalkan anak-anakku di rumah mentua, yer lah kalu di bawa hadif dan haziq macam  tak sesuai pula kerana mereka masih kecil. Tetapi tiba-tiba mentuaku nak pergi sekali, baguslah sebab bapa mentuaku memang ada 4X4 senang lah nak meredah tanah merah dikawasan projek nanti.

Projek perumahan ini terletak di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Sebenarnya projek perumahan ini adalah projek terbengkalai selama lebih kurang 13- 14 tahun kalau mengikut cakap-cakap orang di Bandar Baru Salak Tinggi. Nama lama bagi projek ini adalah Taman Kenanga dan pemaju asal adalah Kumpulan Sepang Utama Sdn Bhd. Di khabarkan  pemaju lama mengalami masalah kewangan dan hanya fasa satu sahaja yang berjaya disiapkan.

Nama syarikat penyelamat bagi projek ini atau White Knight ialah NCT Development Sdn Bhd anak syarikat NCT Group. Dan penjenamaan semula taman ini telah dibuat daripada Taman Kenanga kepada Taman Sepang Perdana. Begitu la sedikit sebanyak berkenaan dengan projek ini.

Bagi aku tak kisahlah samaada  perumahan tersebut projek terbengkalai ataupon baru sebabnya rumah yang dijual agak berpatutan, mungkin disebabkan perumahan disini aldalah terbengkalai menjadikan pemaju terpaksa menjualnya pada harga yang aku fikirkan munasabah.

Rumah yang aku tempah adalah Fasa 3a, atau lebih tepat lagi wife yang tempah sebab plan nak guna nama dia buat loan kerajaan sebab memang miss wife adalah seorang kakitangan kerajaan. Fasa 3A ini bukaan tanah adalah 20x70 dan keluasan binaan lebih kurang 1551ft aku aku tak silap. Dan yang paling penting harganya berpatutan iaitu RM 288K, projek bersebelahan pon hampir RM 380K!! Memang berbaloi....

Tetapi design rumah ini agak lama, yer lah kan kalu terbengkalai 14 tahun, design pon 14 tahun yang dulu lah kan. Ini gambar aku ambil dari mudah.my....


Memang design lama kan, oklah bagi aku dan wife, kami ni bukan orang kaya mana yang murah dan berbaloi kami ok jerrrrr..tetapi rumah yang kami tempah ada sedikit kelainan seperti di bawah...

Ha tu dia...ada lekuk-lekuk plak kan..hahahaha...sebenarnya kami pilih design nih sebabnya nak batu pada binaan porch kereta tu, kalau anda lihat pada design porch yang lurus tu anda boleh lihat pemaju guna papan pada atas binaan porch...nak sangat batu ha amek lekuk-lekuk jadi la old fashion sikit hahahahahaha....ok la kan...aku suka, wife pon suka ok laaaa....

Jika dilihat memang rumah ini adalah binaan baru walaupon projek terbengkalai sebabnya bagi blok yang aku tempah hanya cerucuk konkrit dan base sahaja yang sempat di buat oleh pemaju lama...kira rumah baru lah kan aku tempah hehehehe...

Dari aku membebel banyak jom layan dalaman rumah ini....

Ini gambar master bedroom, menggunakan laminated floor untuk menutupi lantai instead of pakai tile, dan master bedroon agak besar bagi aku...sila abaikan bang boroi dalam gambar tu yer....

Ini pula gambar toilet bawah, not bad kan?

 Ini pula gambar dapur, sedikit kecil tetapi sesuailah dengan keluargaku yang kecil dan juga yang paling penting ialah kewangan keluargaku....hahahahaha.... nak besar sangat beli je banglo...hantar borang permohonan ke bank sah-sah kena rijek sebab gaji aku tak banyak kosong-kosong...kosonggggg.....hehehehe.....

Itulah sedikit foto yang aku kongsikan, banyak juga gambar yang ada tapi malas nak upload banyak-banyak..esok-esok aku juga yang baca blog nih..hehehehe....

Insyallah kalu di izinkan tuhan rumah ini akan kami sekeluarga duduk tetapi kalu tiada rezeki nak buat macam mana kan....projek perumahan ini pon belum launch lagi dan semestinya loan wife pon belum buat lagi, kena lihat term and condition pemaju semasa launch nanti...Kami sekeluarga berharap sangat rumah ini akan menjadi milik kami suatu hari nanti....Aminnnnnn....

12 ulasan:

  1. wow..berbaloi sgt rumah ni. da siap laminated floor lg. in sha Allah.. semoga dipermudahkn segala urusan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. We offer the best and cheapest tinted film price and tinted film with highest quality. We Only Use USA Tinted Film long lasting color and hight rejection Address Sun Ice Tinted Workshop’ 25A, Jalan PP 2/5, Taman Putra Prima, 47100 Puchong, Selangor, MALAYSIA. Contact us for free Quotation Phone Office 03- 8066 4432 Fax: 03- 8066 4432, Mobile Phone: 018-257 2826.WebSite:www.sunicetint.com.my

      Padam
  2. Harapannya pon macam tu la Miss N.....Kalau ada rezeki in sha Allah....

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum. .boleh bg direction untuk ke show house or sales gallery? Tks

    BalasPadam
  4. Wslm Aida..terima kasih sbb singgah...show house sebenarnya tiada...cik Aida boleh terus ke pemaju..ni lamat pemaju dan juga no tel.

    NCT GROUP OF COMPANIES Menara NCT, No.2, Jalan BP 4/9
    Bandar Bukit Puchong,
    47100 Puchong, Selangor D.E.

    Tel: (603) 8064 3333
    Fax: (603) 8064 3388

    BalasPadam
  5. Saya pun baru tempah. Pemaju kata tgk rumah dulu. Tp bila dh baca blog ni, sy rasa mcm xperlu pegi tgk. Sy mmg tinggal di bbst skrg. Hrga rumah mmg mahal. Tp salak perdana paling berpatutan. Kami pun berharap impian yg sama. Mana tau berjiran nnt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke Hafizi..tapi saya rasa baik awak tgk juga rumah tu...ye la bukan sedikit duit tu nak beli rumahkan..selain dr reka bentuk rumah lain-lain pon perlu diambil kira lokasi rumah dan sginya...

      Insyallah kalau berjiran nanti boleh lepak selalu. ;)

      Padam
  6. Maaf tuan, nk tya sedikit yer...
    Proses pembelian rumah, tuan b'urusan trus dgn pemaju @ agen2 trtentu?
    N lama x proses beli ni andai gna loan gvrment...tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. uish abe tak payah la bertuan dengan sy...hehehe..

      hm masa sayabooking dulu mmg sy berurusan dengan agent sbb masa tersebut masih belum launching / pemaju tiada kelulusan utk jual lg....so harga masa tu mmg murah.....tp sekarang sy rasa kalau Mr. Abe nak beli baik terus kpd NCT Development shj...satelite office ada di site sekarang...betul2 bertentangan dengan Kolej Teknologi Timur.

      Dan untuk loan gov mmg amat mudah..kelulusan serta merta (Bersyarat) melalui online..kemudian Mr. Abe hantar borang siap dengan dokumen2 yang diperlukan dalam masa seminggu atau dua minggu dah boleh sign loan aggreement...maklumat lanjut call shj BPP ataupun terus shj ke pejabat BPP....

      Padam
    2. Tq tuan atas info tersebut...
      Betul2 mmbantu...k

      Padam
  7. We offer the best and cheapest tinted film price and tinted film with highest quality. We Only Use USA Tinted Film long lasting color and hight rejection Address Sun Ice Tinted Workshop’ 25A, Jalan PP 2/5, Taman Putra Prima, 47100 Puchong, Selangor, MALAYSIA. Contact us for free Quotation Phone Office 03- 8066 4432 Fax: 03- 8066 4432, Mobile Phone: 018-257 2826.WebSite:www.sunicetint.com.my

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum tuan. Tuan dah berpindah ke rumah baru tuan ke skrg?

    BalasPadam