Sila Klik

Isnin, 7 Oktober 2013

Temuduga Jawatan Kerajaan

Pada 25 September 2013 aku ada menerima satu email dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk temuduga jawatan Pemeriksa Kilang Dan Jentera (Kejuruteraan Kimia). Tarikh temuduga pula jatuh pada hari Jumaat (4/10/2013). Terasa malas nak pergi pon ada juga sebabnya ini adalah kali kedua aku dapat temuduga jawatan tersebut. Tapi dah pandai-pandai apply pergi je la kan hahahahaha....Masa aku dapat panggilan temuduga yang pertama dulu masa aku baru lepas grad, lebih kurang 5 thaun tahun lepas kot..lama sangat dah.. dan keputusan temuda temuduga tu al-maklum memang lah tak dapatkan kalau tak mesti sekarang aku dah kerja kerajaan..

Sebenarnya aku mengharapkan juga dapat kerja dengan kerajaan nih..sebabnya aku sekarang ni pon berkerja sebagai contract staff, dan pertengahan bulan December 2013 ni habislah contract aku..lepas dari tu aku pon tak tau lah..hanya Allah sahaja yang tahu.

Walaupon kerja kerajaan nih orang kata kalu nak dapat gaji besar berbanding kerja swata memang la tak dapat tetapi in term of security memang terjamin dan ade pencen...ko nak keje ke nak makan to makan tido ke lepas bersara duit tetap masyukkk...hahahaha.. Dan benefit boleh la aku kirakan bagus, lebih-lebih lagi perihal pinjaman perumahan.

Jadi untuk memaksimakan peluang untuk dapat tu (chewahh!!!) habis aku baca pasal akta-akta neh

a) Akta Kilang dan Jentera 1967
b)Akta Keselamatan, Kasihatan dan Kebajikan Pekerjaan 1994
c) Akta Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan) 1984

Kalau sebelum nih aku tak pernah baca pon, walaupon kerjayaku sebelum ni sebagai Project Engineer ade lah juga yang berkaitan dengan akta-akta tersebut...Tapi memang tak penah baca pon, nak buat macam mana kan......Apedah haprak punya enginior kan...hahahahaha

Selain daripada itu, habis juga lah aku mengingat nama-nama mentari menteri dan juga hal-hal semasa yang berlaku..Kalau tak dapat tak tau lah kerja neh....huhuhuhuhu...

Dan akhirnya pada hari yang ditetapkan, aku pergilah temuduga ditemani isteri, almaklumlah Putrajaya ni susah nak cari parking so wifey tunggulah dalam kereta bersama dengan Abang, Adik pula terpaksa la Papa & Ibu hantar pergi Taska sebab susahla kan  wifey nak jaga dua orang sekali. Nasib la wifey ni kerja sekolah petang boleh temankan Papa pergi temuduga.

Kebetulan pada hari tersebut juga aku kene sakit mata so tak payah la amik cutikan..ambil je MC (selamat cuti raya korban aku).....Taktau sebenarnya bagus ke tak, temuduga sambil mata merah menyala..hahahaha...belasah je la...pergi je la, ada rezki dapat la kan.

Aku tiba di perkarangan SPA Putrajaya lebih kurang pukul 8.30pagi, ingatkan aku yang paling awal tetapi rupanya dah ramai dah orang. Hmmm memang ramai nak kerja dengan kerajaan, yang datang aku tengok semuanya macam dah bekerjaya. Masing-masing jawab telefon semuanya bercakap berkenaan dengan kerja. Segak bergaya semuanya dari lelaki tak kurang yang perempuannya..aku? pakai kasut pon kene cucuk pin sebab tapak kasut dah tercabut..hadoilahhh....Biasalah kan kalau dah ada anak ni tanggungjawab pon lebih. Keperluan keluarga diutamakan daripada keperluan diri sendiri, aku bersyukur sangat sebab Allah s.w.t mengurniakan aku seorang isteri yang amat membantu. Kalau tiada dia, mesti aku dah boleh dikategorikan sebagai fakir miskin...hmmmm....Alhamdulillah..

Berbalik semula kepada cerita tadi, rupa-rupanya yang datang di panggil temuduga tu ada banyak jawatan. Patutlah ramai sangat dan banyak bilik temuduga yang disediakan. Bagi jawatan Pemeriksa  Kilang dan Jentera J41 aku sempat jeling senarai adalah lebih kurang 12 orang. Ramai juga tu, tu baru hari ni, dari aku baca blog2 orang, sesi bagi temuduga jawatan ni adalah dari 4/10/2013 sampai la 24/10/2013. Hah amek kau, sebulan tu, berapa orang dia temuduga, berapa dia nak hire????. Keberangkalian untuk dapat tu amat tipis. Sesiapa yang dah @ dapat kerja kerajaan untung laaaaaaaa.....

Bagi aku kalau dapat rezeki anak-anak. Kalau nak kira rezeki aku, banyak sangat sangat dosa aku dengan Allah...hmmm... Pada temuduga kali ni aku rasa biasa sahaja, dah memang aku setkan otak aku ni kalu dapat rezeki kalu tak dapat nak buat macam mana kan, yang memohon berapa punya ramai..dan mungkin sebab aku dah melalui banyak sangat temuduga kot..sampai da malas nak rasa takut masa temuduga hahahahaha...sebenarnya terasa diri dah tua pon ada..huhuhu...

Kebanyakan yang di temuduga  mengambil masa lebih kurang 25-30 minit..jenuh jugalah aku menunggu, kesian lagi wife dan abang  yang menunggu dalam kereta.

Akhir sekali sampailah turn aku, masuk ketuk pintu bagi salam..borak-borak, tanya pasal skop kerja sekarang yang aku buat, dah kahwin ke belum, tanya pasal isu semasa sikit.. dah....Haik!! siap...tak sampai 15 minit je hahahahahahahaha...Tak sempat aku nak bagi up sikit self value aku huhu....

Ok lah tu kan.. aku pon dah lapar terus je pergi Alamanda, petang nak pergi Proton Service Centre pula...Ada rezeki adalah, tiada nak buat macam mana kan...Harap adelah rezeki...Aminnnnn

22 ulasan:

  1. salam...encik dapat tak kerje tu? hmm sy pun di interview tak sampai 15 minit.risau ni..sye post pegawai saons forensic kat jkm...6/1/2014 baru result keluar

    BalasPadam
  2. salam nokneya...saya tak dapat kerja tu..bukan rezeki lagi..hope nonekya dapat nnt..aminnnn.....

    BalasPadam
  3. Asslmkm..sy pon g intervw ni pd 23.10.2013. Kej kimia jgk.dato amir n peg sorg lg xsenyum pon.sy mmg xde feeling ms intrvw ni..last skali dato tu ckp i hope u will be a succesfull entreprenuer. Arghh! Mmg skrg sy xbkerja.br je resign. Pastu nk tmbh pndptn sy jual ns lmk.dlm hati sy bkata, klu aku nk sgt jd usahawan, xdela aku buang ms dtg intrvw. Sblm sy kluar, sy pndg muka dato tu smbil ckp, tq dato, wlu mcm mn sekalipon, sy hrp sy dpt jwtn ni. Then sy terus kluar.sy cek 11.12 aritu, alhamdulillah, sy dpt calon simpanan..xpelah, sy redha n gembira..smg ada pluangbutk kita..ameen..

    BalasPadam
  4. amin..tq encik,,,saya ada jugak cakap 'i really hope i get this job'....doakan saya. tq...

    BalasPadam
  5. hehe.saya interview 30/10/2013. Alhamdulillah. dapat.huhu.4/2/14 ni lapor diri kat putrajaya.Ini kali kita ubah

    BalasPadam
  6. Wah ramai yang berjaya...tahniah...sy bukan rezeki kot....xpe nnt cuba lagi....

    BalasPadam
  7. en iskandar, bukan lapor diri 10.1.14 ke? ikut batch ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye la kot..sy 4 feb baru lapor diri..

      Padam
  8. wahh..napa aku x dpt ofer letter dr jabatan lg..iview 18/10, ofer letter SPA 10/12..

    BalasPadam
  9. huhu...sy pn alhamdullilah dapat..melapor 4hb feb..tp kat jkkp melaka...huhu sesapa yg nak tukar suka sama suka melaka-kl roger2 la eh..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik Damia nak tanya. surat lapor diri tu dari Kementerian or Jabatan ye?

      Padam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. best nya dengar korang dh dapat... rasa2nya ada dengar2 tak nk ambil intake lagi...

    kunjungi blog adam>>>>>

    http://htagkorasa.blogspot.com/2014/01/interview-ke-2-penolong-pemeriksa.html

    BalasPadam
  12. tanpa nama,

    saya yg tanpa nam jugak kt ats tu..he3..sy interview kt bangunan persekutuan, penang

    BalasPadam
  13. ~attahrel~ Sama la kita. sy dh terima surat tawaran tp belom terima lagi surat lapor diri JKKP. interview 18/10/13 & alhamdulillah success. still waiting surat lapor diri

    BalasPadam
    Balasan
    1. skang dh dpt surat dr jkkp blom??..by right smua dh dpt kot..next batch lapor diri 17 Feb kn..u dpt mna??

      Padam
  14. Tahniah kepada mereka yang telah berjaya,

    seronok baca komen...

    BalasPadam
  15. Plz sapa yg dah keja gomen. Bleh gitau tak mcm mana hari pertama lapor diri? Tpt tinggal mcm mana? Transport?

    BalasPadam
  16. salam tuan, kalau temuduga bwah kej kimia biasa soalan apa tuan dia tanya

    BalasPadam